Connect with us

Mobile Legends

Isu in-game coaching: Tiada hukuman untuk Byby – Moonton

Published

on

Foto: Facebook

KUALA LUMPUR – Pemain Mobile Legends yang pernah bermain untuk pasukan MIKEY sebelum ini, Adam Aiman (byby) didapati tidak bersalah dan tidak akan dikenakan sebarang hukuman, kata MOONTON Games.

Menurut MOONTON Games, Byby, tidak berada di lokasi kejadian, ketika insiden ‘in-game coaching‘ yang melibatkan pasukan MIKEY dan seorang pemain Homebois itu berlaku.

“Tiada kehadiran Byby ketika perlawanan kelayakan itu berlangsung.

“Dia tidak akan dikenakan dengan apa-apa hukuman,” kata MOONTON Games kepada WTM Today.

Sebelum ini, MOONTON Games berkata seorang pemain Homebois iaitu Muhammad Aizat (Ijat) didapati melanggar peraturan kejohanan Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL) apabila memberikan satu khidmat jurulatih (dalam permainan) kepada pasukan MIKEY.

BACA: Isu ‘in-game’ coaching: Senarai kesalahan dan hukuman pemain MIKEY

Perkara itu berlaku dalam satu pusingan kelayakan MPL antara MIKEY dan MAB Esport yang berlangsung pada 15 Januari lalu.

Lantaran itu, pihak liga telah mengenakan hukuman kepada pihak yang berkaitan, termasuk diharamkan daripada menyertai MPL antara 1-2 musim.

Antara yang dikenakan hukuman itu termasuklah, Squpoz, Flint, Pyan, Ombong dan Ijat.

Sementara itu, pemain MIKEY, Avaaa diharamkan daripada menyertai sebarang aktiviti ekosistem MLBB selama dua tahun.

Avaaa bagaimanpun telah membuat keputusan untuk mengundur diri dari arena e-sukan susulan insiden itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved