Connect with us

Mobile Legends

MPL Malaysia tak dapat francais kerana banyak masalah

Published

on

Foto: EVOS TV
KETUA Jurulatih EVOS Legends, Bjorn Ong (Zeys) menyifatkan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) di beberapa negara termasuk Malaysia yang masih belum menerima sistem francais adalah disebabkan terlalu banyak masalah.
 
Zeys berkata arena MPL di negara-negara itu juga dilihat kurang kompetitif berbanding Indonesia dan Filipina.
 
“Jujurnya, arena e-sukan selain MPL Indonesia dan Filipina, tidak kompetitif sangat.
 
“Walaupun Malaysia, Brazil, Singapura dan Myanmar ada MPL tapi tidak terlalu kompetitif.
 
“Sesebuah liga itu belum menerima francais kerana banyak masalah.
“Liga dan organisasi e-sukan di sana belum dibangunkan dengan baik,” kata Zeys dalam satu penstriman langsung di NIMO TV baru-baru ini.
 
Jelas Zeys lagi, berdasarkan pengalamannya bekerja sebagai jurulatih di ketika MPL Malaysia dan Singapura berlangsung sebelum ini, pasukan liga semi profesional Mobile Legends (MDL Indonesia) juga mampu memberi saingan kepada pasukan-pasukan liga itu.
 
“Anda hantar pasukan Top 2 MDL untuk bermain di MPL MYSG juga boleh menang,” tambah Zeys dalam video yang sama.
 
Zeys merupakan jurulatih Mobile Legends yang berpengalaman.
 
Sebelum ini, dia pernah membantu skuad Mobile Legends Indonesia EVOS Esports, EVOS Legends memenangi MPL Indonesia pada musim keempat 2019 dan musim ketujuh 2021.
 
Zeys juga pernah membantu EVOS Legends dalam mendapatkan gelaran juara dunia Mobile Legends M1 pada 2019.
 
Dia juga pernah membantu skuad Singapura EVOS menjuarai MPL MYSG Musim Keempat 2019.
 
Zeys telah menceburi dunia kompetitif sejak 2009 dan telah menyertai pelbagai acara e-sukan seperti Left 4 Dead, Arena of Valor, League of Legends dan Heartstone.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved