Mobile Legends
Nets sah sertai Team Vamos untuk MPL MY S14
BEKAS pemain Gold Lane Homebois, Nets, sah sertai Team Vamos.
Menurut Team Vamos, Nets merupakan serpihan puzzle terakhir untuk melengkapkan barisan rasmi MPL MY Musim ke-14 mereka.
“Puzzle terakhir kami sudah selesai.
“Selamat datang Nets, ke barisan MPL MY kami untuk Musim Ke-14,” kata Team Vamos dalam satu kenyataan hari ini.
Selain Nets, tiga lagi bekas pemain Homebois sah menyertai pasukan itu iaitu Xorn, Chibi dan Sepat.
MPL MY S14 dijangka bermula 7 September ini di Stadium Tertutup Serdang Jaya, Selangor.
