Mobile Legends
Udil kekal, tiada bayangan Nets dengan Homebois S14
KUALA LUMPUR – RASMI. Giliran Naib Juara MPL MY S13, Homebois pula memperkenalkan barisan rasmi untuk musim kali ini.
Menerusi satu pengumuman di YouTube HomeBois yang dimuatnaik seketika tadi, berikut adalah barisan rasmi MLBB yang akan menyertai MPL MY kali ini:
Udil – Midlaner
Mal – Roamer
Eyymal – Jungler
Waff – EXP Laner
Souul – Gold Laner
Aishh – Roamer (MAL MY S1)
Staf Jurulatih
Jeff – Ketua Jurulatih
Codybank – Penolong Ketua Jurulatih
MPL MY S14 akan bermula 7 September ini di Stadium Tertutup Serdang Jaya, Selangor.
