Connect with us

PUBG Mobile

EVOS Reborn underperform, hanya top 12 ke PMPL S4?

Published

on

Foto: EVOS Esports

MESKI sudah menerima slot ke Peringkat Akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA Final S3) 2021, pasukan Indonesia EVOS Reborn dilihat gagal menunjukkan prestasi yang baik pada peringkat Grand Final PMPL ID S3 semalam.

Sepanjang 18 pusingan dimainkan pada peringkat grand final, EVOS Reborn hanya mampu berada di ranking terakhir dengan kutipan 61 mata secara keseluruhan.

Menurut pihak PUBG Mobile Esports Indonesia, EVOS Reborn bersama tiga lagi pasukan tercorot pada peringkat grand final itu gagal untuk mendapat slot jemputan terus pada PMPL ID Musim Keempat (S4).

“Tidak ada jaminan kejayaan namun tidak mencuba adalah jaminan kegagalan.

“Cubaan yang baik untuk keempat-empat pasukan namun anda tersingkir dan gagal untuk meloloskan diri secara automatik ke PMPL ID S4 akan datang,” kata PUBG Mobile Esports Indonesia dalam satu catatan Instagram semalam.

Selain EVOS Reborn, tiga pasukan lain yang tidak menerima jemputan terus itu adalah Eagle 365 Esports (ranking ke-15), 21 Esport (ranking ke-14) dan Dewa United (ranking ke-13).

Selain keempat-empat pasukan itu, 12 pasukan teratas pada peringkat Grand Final PMPL ID S3 dijangka akan menerima jemputan terus ke PMPL ID Musim Keempat (S4).

Pada semalam, Geek Fam ID muncul sebagai juara Grand Final PMPL ID S3 dan membawa pulang kira-kira RM 61,000 (AS$15,000).

Menerusi kemenangan itu juga, Geek Fam ID telah menerima slot untuk bertanding di SEA Final S3 yang dijangka berlangsung pada 21-13 Mei nanti.

Pada perignkat SEA Final S3, empat pasukan Indonesia telah disahkan akan menyertai kejohanan itu iaitu Geek Fam ID, EVOS Reborn, Bigetron Red Aliens dan Aura Esports.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved