Connect with us

PUBG Mobile

MK jadi duta PUBG Mobile

Published

on

Foto: Facebook MK, PUBG Mobile

PENYANYI rap popular tanah air, Muhammad Hairi Amin Hamdan, (MK) sah menjadi duta PUBG Mobile Malaysia.

Menurut PUBG Mobile, MK juga akan melakukan satu kerjasama dengan Warner Music Malaysia untuk menerbitkan dua lagu yang akan dijadikan sebagai satu lagu tema acara profesional PUBG Mobile nanti.

Lagu tersebut dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Mei atau Jun nanti.

Pengurus Pemasaran PUBG Mobile Jenny Zhuang berkata pihaknya sangat teruja dapat mengadakan satu kerjasama bersama MK kerana ia dilihat dapat mengukuhkan komuniti muzik dan gaming di Malaysia.

“Kami komited untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pemain dan komuniti kami. PUBG Mobile akan sentiasa mencari langkah-langkah terbaik untuk mennyediakan kandungan yang segar dan menyeronokkan agar pemain dan komuniti akan terus berinteraksi (dengan permainan itu).

“Muzik adalah elemen penting dalam perkara ini dan kami akan sentiasa mencari untuk mengenalpasti mengintegrasikan lebih banyak kolaborasi pada masa depan,” kata Jenny dalam satu kenyataan.

Selain itu, PUBG Mobile juga akan melancarkan beberapa barangan dalam permainan eksklusif sempena kolaborasi bersama MK iaitu:

  • Outfit (pakaian) MK yang kekal dalam permainan
  • Karakter MK dalam permainan
  • Koleksi suara MK dalam permainan
  • Muzik MK dalam lobi

PUBG Mobile juga ada memuatnaik satu video teaser mengenai dua watak bernama MK dan Ali di Facebook. Video penuh akan dimuatnaik pada jam 6 petang nanti.

Sementara itu, MK juga berkongsikan keterujaannya menyertai PUBG Mobile.

“MK teruja untuk menjadi salah seorang keluarga PUBG Mobile Malaysia. MK tidak sabar untuk bermain di medan perang untuk mendapatkan Chicken Dinner bersama anda semua.

“Nantikan lebih banyak kejutan daripada kolaborasi kami!” kata MK dalam satu catatan di Instagram.

MK yang berasal dari Sabah merupakan sebahagian dari anggota kumpulan hip hop popular tanah air K-Clique. Dia mula menyertai kumpulan itu pada 2014.

‘MK’ adalah gabungan huruf pertama namanya dan ibunya iaitu Muhammad dan Kamariah. Dilahirkan pada 1996, MK membesar di Tanjung Batu Tengah, Tawau, Sabah dan memegang ijazah Pengajian Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu, Sabah.

MK mula serius dalam bidang rap selepas menamatkan pengajian di menara gading. Dia mengidolakan kumpulan hip hop popular Too Phat.

Selain MK, K-Clique terdiri daripada Noki, Tuju Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.

Ini bukan kali pertama PUBG Mobile mengadakan satu kolaborasi dalam industri muzik.

Sebelum ini, PUBG Mobile pernah mengadakan kerjasama dengan kumpulan ikonik K-POP, Blackpink, artis antarabangsa Rich Brian dan penerbit popular Alesso.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved