Connect with us

PUBG Mobile

Paraboy catat 1,000 kills!

Published

on

PEMAIN Peacekeeper Elite (PUBG Mobile versi China) dari NOVA Esports, Zhu Bocheng (Paraboy) berjaya memperoleh mata bunuh yang ke-1,000 sepanjang kariernya bermain di peringkat Peacekeeper Elite League (PEL) dan Peacekeeper Elite Championship (PEC).

Paraboy berjaya mencatatkan rekod itu pada hari pertama minggu kedua PEL Musim Kedua 2021.

Paraboy juga mengutip mata bunuh terbanyak hari ini dengan 11 kills.

Berikut adalah adalah keputusan Winner Winner Chicken Dinner Hari pertama hari ini:

Map 1 – Miramar – ACT
Map 2 – Miramar – TEC
Map 3 – Sanhok – LGD
Map 4 – Erangel – SMG
Map 5 – Erangel – ST

Paraboy dan pasukannya mendahului pada perlawanan hari ini dengan catatan 71 mata secara keseluruhan.

Foto: Huya TV / PEL

5 pasukan teratas layak ke peringkat Final Mingguan (Weekly Final) pada hujung minggu ini.

Manakala pasukan yang menduduki tangga ke-6 hingga 15 akan bermain pada Hari Penyingkiran pada esok.

PEL merupakan gelanggang profesional Peacekeeper Elite terbesar di China dan berlangsung selama lima minggu di Chongqing.

Ia melibatkan 20 pasukan terbaik China dan menawarkan hadiah tunai kira-kira RM2 juta (15,000,000 yuan) pada musim kali ini.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved