Connect with us

PUBG Mobile

Liga PEL China terlalu ‘keras’, 4AM pun terciduk

Published

on

Foto: Weibo / 4AM

FINALIS Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC) 2020, 4AM, gagal untuk melepasi peringkat Akhir Mingguan (Weekly Final) 2 Peacekeeper Elite League (PEL) Musim Kedua 2021 selepas berada di kedudukan ke-12 pada peringkat Hari Penyingkiran yang berlangsung malam tadi.

Pada peringkat penyingkiran, hanya 10 daripada 15 pasukan yang bertanding yang akan mara ke peringkat Weekly Final PEL.

Berikut adalah keputusan penuh Hari Penyingkiran Minggu Kedua PEL Musim Kedua 2021:

Foto: Weibo / PEL
Foto: Weibo / PEL

Sementara itu, pemain veteran The Chosen (TC), Zhang Chaoqun (Alan), berjaya mengutip 14 mata bunuh (kills), sekali gus dipilih sebagai Terminator pada semalam.

Alan pernah bermain dengan seorang lagi pemain profesional GFP, Q9 YZZ di team DX sebagai ketua dalam pasukan (IGL) pada tahun 2019.

Alan dan pasukannya, TC berada di ranking pertama dengan kutipan 58 markah.

Foto: Weibo / PEL

Satu lagi pasukan China, JD Esports menunjukkan prestasi yang cemerlang setelah berjaya membolot 2 WWCD dalam PEL hari ini.

Berikut adalah keputusan WWCD Hari Penyingkiran Minggu Kedua PEL:
Map 1 – Miramar – JDE
Map 2 – Miramar – LGD
Map 3 – Sanhok – TMG
Map 4 – Erangel – JDE
Map 5 – Erangel – TJB

PEL akan kembali esok untuk peringkat Weekly Final 2 dan ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.2 juta (1.9 yuan).

Juara mingguan akan membawa pulang kira-kira RM639,000 (1 juta yuan).

Berikut adalah 15 pasukan terbaik China yang akan menyertai Weekly Final 2 PEL S2 2021 esok:

Foto: Weibo / PEL

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved