PUBG Mobile
PEL: Weibo Gaming kembali mengganas!
PENYANDANG juara Liga Peacekeeper Elite Musim Pertama (PEL S1) 2021, Weibo Gaming bermain dengan sangat konsisten pada hari pertama Final Mingguan 2 (Weekly Final) 2 yang berlangsung pada semalam.
Corak permainan agresif yang ditunjukkan Weibo Gaming pada tiga pusingan pertama membuahkan hasil apabila pasukan itu berjaya untuk mendapatkan kemenangan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) di peta Sanhok dengan 19 mata bunuh.
Berikut adalah keputusan WWCD Weekly Final 2:
- Map 1 – Miramar – JD Esports
- Map 2 – Miramar – Six Two Eight
- Map 3 – Sanhok – Weibo Gaming
- Map 4 – Erangel – Titan Esports Club
- Map 5 – Erangel – Tong Jia Bao Esports
Weekly Final 2 mempunyai lima lagi pusingan untuk dimainkan bagi menentukan pasukan mana yang akan membawa pulang RM639,000 dan seterusnya mengutip 25 mata berharga untuk ke Grand Final PEL Musim Kedua 2021.
Mengenai sistem permakahan PEL S2 2021:
PEL S2 terbahagi kepada empat saringan iaitu League Day, Elimination Day, (Hari Penyingkiran) Weekly Final & Grand Final:
• League Day (Khamis)
– 5 pusingan
– 15 pasukan yang bermain pada Weekly Final pada minggu lepas akan berlawan antara satu sama lain
– Top 5 terus layak ke peringkat Weekly Final
– Baki 10 pasukan bermain di Elimination Day
• Elimination Day (Jumaat)
– 5 pusingan
– Baki 10 pasukan League Day akan bermain dengan 5 pasukan tercorot hari ke-2 Weekly Final
– Top 10 akan layak ke Weekly Final
• Weekly Final (Sabtu & Ahad)
– 10 pusingan
– Setiap pasukan akan membawa pulang mata sebanyak 1-25 bergantung kepada ranking keseluruhan
• Grand Final
– Top 15 pasukan yang mempunyai mata terkumpul paling banyak di Weekly Final layak ke Grand Final
Anda boleh menonton PEL S2 2021 di platform penstriman langsung China, HuyaTV.
