Connect with us

PUBG Mobile

Tony K terlepas SEA Final sebab tak cukup umur

Pemain profesional pasukan Faze Clan, Nattawut Muensa (Tony K) masih berusia 15 tahun ketika Peringkat Akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA Final S3) 2021 diadakan nanti.

Published

on

Foto: Facebook / Tony K

PEMAIN profesional PUBG Mobile dari pasukan Thailand Faze Clan, Nattawut Muensa (Tony K) sah tidak akan beraksi pada Peringkat Akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA Final S3) 2021.

Menurut Faze Clan, Tony K masih belum memenuhi syarat minimum umur yang ditetapkan penganjur kejohanan iaitu pemain yang menyertai SEA Final S3 perlu berusia sekurang-kurangnya 16 tahun.

“Tony K masih bersama Faze Clan. Kami sudah mengetahui dan menerima peraturan ini dari awal lagi.

“Terima kasih Tencent Thailand kerana membuka pintu peluang untuk Tony K untuk bertanding dengan pemain e-sukan di liga profesional.

“Kami percaya dengan keupayaan dan potensi Tony K sebagai atlet e-sukan dan Faze Clan sedia membantu dan memberi sokongan kepadanya,” kata Faze Clan dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tony K akan menyambut menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-16 pada 29 Mei nanti iaitu lapan hari selepas bermulanya kejohanan SEA Final.

Faze Clan berkata, meski ketiadaan Tony K, pihaknya akan menghantar lima orang pemain ke peringkat SEA Final S3 iaitu:

  • Thaphat kamphusan (Korpai)
  • Ratchapol Maneerat (Bulshark)
  • Tharit Pluksang (Vintorez)
  • Thiraphong Murasri (MR 5)
  • Paphawin Thanayotpinyo (sOup77)

Faze Clan berjaya mara ke peringkat SEA Final S3 yang akan berlangsung pada 21-23 selepas memenangi peringkat Final PMPL Thai S3 pada April yang lalu.

Sementara itu, tiga wakil negara Malaysia, RSG, Geek Fam dan Dingoz MPX juga akan bertanding dalam kejohanan tersebut.

Dua pasukan teratas SEA Final S3 akan menerima slot ke Kejohanan Asia Tenggara PUBG Mobile yang dijangka berlangsung Oktober nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved