Connect with us

PUBG Mobile

Liga Asia Tenggara kembali Oktober nanti

Published

on

Foto: PUBG Mobile

PUBG Mobile telah mendedahkan beberapa acara penting bagi tahun 2021 menerusi satu foto yang dimuatnaik baru-baru ini.

Dalam kalender garis masa tahunan PUBG Mobile itu memperlihat kejohanan-kejohanan yang menarik seperti Regional Clash yang dijangka berlangung pada Jun-Julai nanti dan Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara pada Oktober 2021.

“Walaupun pandemik belum berakhir, ia tidak akan menhalang kreativiti dan inovasi kami daripada terus menganjurkan acara PUBG Mobile.

“Kami akan mengadakan pelbagai acara dan kejohanan dinamik sepanjang tahun ini, sambil mematuhi SOP dan protokol kesihatan yang ketat,” kata PUBG Mobile dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Berikut adalah garis masa acara tahunan PUBG Mobile bagi tahun ini:

Kali terakhir PUBG Mobile mengadakan liga di peringkat Asia Tenggara adalah ketika PMCO Musim Luruh (SEA) 2019 di Shanghai, China. Kejohanan itu berlangsung selama empat minggu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved