Connect with us

PUBG Mobile

Relax, tak kena ban guna SEAGM

Published

on

Foto: SEAGM.COM

SYARIKAT platform barangan dan perkhidmatan digital untuk gaming, SEA Gamer Mall SDN BHD (SEAGM) memberi jaminan keselamatan kepada pengguna yang mahu menambah nilai UC untuk permainan PUBG Mobile.

Menurut SEAGM, syarikatnya merupakan rakan sah e-sukan popular itu.

“SEAGM adalah rakan rasmi PUBG Mobile dan akaun pengguna tidak akan dikenakan ban (disekat) jika menambah nilai di platform kami,” kata SEAGM dalam satu komen di media sosial baru-baru ini.

SEAGM berkata demikian bagi menjawab desas-desus warganet mengenai isu ban dalam pengguna PUBG Mobile yang menambah nilai di luar permainan itu.

Jelas SEAGM, kemungkinan akaun pengguna PUBG Mobile yang disekat adalah kerana menggunakan platform yang tidak sah.

“Ikut laporan, banyak akaun yang kena ban kerana silap menggunakan aplikasi scammer (tidak betul) dari India dan bukan dari aplikasi rasmi SEAGM,” tambahnya dalam komen yang sama.

Foto: Instagram / SEAGM

SEAGM merupakan syarikat tempatan yang ditubuhkan pada 2007 dan mempunyai status MSC.

Status MSC adalah pengiktirafan daripada kerajaan menerusi MDEC untuk perniagaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), atau berkaitan dengan ICT, atau mana-mana syarikat yang menggunakan teknologi multimedia untuk penghasilan produk atau servis.

Selain memberikan perkhidmatan menambah nilai UC dalam PUBG Mobile, SEAGM yang berpangkalan di Sitiawan, Perak juga mempunyai 10,000 lagi perkhidmatan dan produk digital.

Baru-baru ini, SEAGM turut mengadakan promosi sempena musim baharu PUBG Mobile yang akan datang dan menawarkan diskaun sehingga 10%:

– 60 UC = RM 3.68
– 300 + 25 Extra UC = RM 18.53
– 600 + 60 Extra UC = RM 37.10
– 1500 + 300 Extra UC = RM 92.81
– 3000 + 850 Extra UC RM 185.66
– 6000 + 2100 Extra UC = RM 371.35

Promosi ini ditawarkan sehingga hari ini sahaja. Jika mahu mengetahui maklumat lanjut mengenai SEAGM, anda boleh melayari SEAGM.COM.

Anda boleh muat turun aplikasi SEAGM di APP Store dan Google Play.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved