Connect with us

PUBG Mobile

BiuBiu Team Secret catat Malaysia Book of Records

Published

on

BiuBiu

KUALA LUMPUR – Pemain e-sukan profesional dari pasukan Team Secret Malaysia, Jiunn Jie Kow (BiuBiu) mencatat sejarah tersendiri apabila tersenarai dalam Malaysia Book of Records.

BiuBiu yang juga merupakan kapten pasukan Team Secret Malaysia mencatat rekod itu apabila meraih Jumlah Tontonan Bagi Sebuah Video E-Sukan Terbanyak di YouTube.

Menurut Malaysia Book Of Records, pemberian pengiktirafan itu adalah untuk membantu menaikkan nama wira-wira tempatan termasuk pemain dan jenama e-sukan.

“The Malaysia Book of Records mengiktiraf prestasi dan pencapaian rakyat Malaysia dan jenama Malaysia.

“Kami ingin memainkan peranan kami dalam membantu pertumbuhan hero-hero tanah air, termasuk pemain dan jenama e-sukan.

“Tahniah sekali untuk BiuBiu dan kami berharap untuk melihat lebih banyak pencapaian luar biasa anda,” katanya.

BACA: Team Secret MY juara Grand Final PMPL MY/SG

Malaysia Book of Records mengumumkan perkara tersebut di Facebook pada malam tadi.

BiuBiu kini mempunyai lebih 769,000 pelanggan di YouTube dan antara videonya yang mempunyai banyak tontonan adalah ‘Four Fingers Claw Control Handcam + Settings by Biu’ iaitu dengan lebih 7 juta tontonan.

BiuBiu dan Team Secret Malaysia baru-baru ini dinobatkan sebagai juara Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) 2020.

Menerusi kemenangan itu, BiuBiu dan Team Secret Malaysia membawa pulang kira-kira RM65,000 (AS$15,000) dan mendapat slot mutlak ke Liga Dunia.

BiuBiu dan Team Secret Malaysia juga dipilih untuk mewakili Malaysia ke Final Liga PUBG Mobile Asia Tenggara yang berlangsung pada 1-3 Mei nanti.

Selain BiuBiu, Team Secret Malaysia terdiri daripada Raymon Tan (iSH0TZ), Aekachai Areesanan (Madtoi) dan Muhammad Dhiya Ulhaq (uHigh).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved