Connect with us

PUBG Mobile

Luxxy98 tidak lagi bersama NED Brotherhood

Published

on

KUALA LUMPUR- Pemain profesional PUBG Mobile Muhammad Danial Shahrom (Luxxy98) tidak lagi bersama pasukan NED Brotherhood.

Perkara itu disahkan pengurus NED Brotherood, Ahmad Nazim Mat Zuki kepada What’s The Meta Today.

Menurut Nazim, Luxxy98 sudah meninggalkan NED Brotherhood secara rasmi sejak Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura tamat.

“Luxxy98 tidak memberitahu sebabnya tetapi dia menyatakan hasrat untuk meninggalkan NED Brotherhood.

“Dia juga berterima kasih kepada pihak pengurusan dan pemilik NED Brothehod, Nedim Sujak Nazri Aziz,” kata Nazim.

Difahamkan hanya Luxxy98 keluar dari pasukan tersebut, manakala Mohd Afdhal Burihan (Atai10k), Mohamad Saiful Annuar Shahrom (Eypul), Muhammad Abdul Samad (xSamzie) masih bersama NED Brotherhood.

Pada Grand Final PMPL MY/SG yang lalu, NED Brotherhood berada di tempat ke-enam dengan 164 mata.

NED Brotherhood juga muncul sebagai juara Selangor Cyber Games – Piala Duduk Rumah 2020, yang diadakan baru-baru ini.

Luxxy98 bukan satu nama yang asing dalam arena e-sukan tanah air.

Dia sebelum ini pernah aktif dalam e-sukan Rules of Survival sehingga meraih tempat kedua dalam satu kejohanan Grand Final Kejohanan Piala Asia Tenggara pada 2018.

Menerusi kejohanan itu, Luxxy98 bersama pasukannya 8X membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM48,000.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved