Connect with us

PUBG Mobile

Naeem, Kevin tinggalkan Bigetron AROV

Naeem dan Kevin meninggalkan Bigetron AROV atas sebab-sebab peribadi.

Published

on

Naeem dan Kevin meninggalkan Bigetron AROV atas sebab-sebab peribadi.

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile Mohammad Naim Wahid (Naeem) dan Kevin Kay Meng Chuan  (Kevin) sah keluar dari pasukan Bigetron AROV mulai hari ini.

Bigetron AROV berkata kedua-dua bekas pemainnya membuat keputusan demikian atas sebab-sebab peribadi.

“Bagi menjawab persoalan anda, Naeem dan Kevin tidak lagi akan berada dalam barisan pemain Bigetron AROV.

“Naeem dan Kevin telah meninggalkan pasukan ini atas sebab-sebab peribadi.

“Namun begitu, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua Naeem dan Kevin,” kata Bigetron AROV.

Perkara itu diumumkan Bigetron AROV dalam satu kenyataan hari ini.

Naeem dan Kevin menyertai Bigetron AROV ketika organasi e-sukan Indonesia Bigetron Esports membuka cawangannya di Malaysia pada 23 Februari yang lalu.

Bigetron AROV merupakan antara pasukan yang mendapat jemputan terus ke Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG).

Bagaimanapun, kelibat Naeem dan Kevin dilihat semakin berkurangan dalam PMPL MY/SG sejak liga itu dijalankan menerusi atas talian pada 31 Mac.

BACA: PMPL MY/SG akan diteruskan secara online bermula 31 Mac

Pada peringkat liga, Bigetron AROV meraih tempat kelima dan berjaya memasuki Grand Final PMPL MY/SG.

Pasukan itu juga berjaya ke Final Liga Asia Tenggara (SEA Final) yang akan berlangsung pada 1-3 Mei nanti.

Difahamkan, barisan pemain Bigetron AROV ketika ini adalah:

  • Khairunnazri Masli Boyka
  • Mohammad Zulfadli Abdul Rahman (Zully)
  • Albar Fahreza (Hijrah)
  • Muhammad Shahir Iqbal Muhammad Zafar Iqbal (Rocky)

Selain Bigetron AROV, Team Secret dan Yoodo Gank turut akan mewakili Malaysia dalam kejohanan di peringkat Asia Tenggara itu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved