Connect with us

Mobile Legends

#SukanSEA2019: Harimau Malaya diterkam garuda, tewas 2-0, jatuh ke lower bracket

Published

on

Facebook / Mobile Legends

MANILA – Pasukan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) Indonesia dilihat mampu membaca pergerakan pasukan Malaysia sehingga mampu menewaskan pasukan tanah air 2-0 pada pusingan kelompok atas Sukan SEA 2019, Manila, Filipina seketika tadi.

Menerusi kemenangan pasukan negara jiran itu, pasukan Malaysia kini jatuh di peringkat Kelompok Bawahan, bakal bertemu dengan pemenang antara Vietnam atau pasukan tuan rumah Filipina nanti.

Pada pertembungan antara Malaysia dan Indonesia tadi menyaksikan persefahaman dan komunikasi pemain Indonesia dilihat lebih berkesan dan agresif terutama pada perlawanan kedua yang mengambil masa hanya 12 minit dan 11 saat.

Meski Malaysia mampu mengambil menara pertama pada minit ke 4 dan 27 saat serta keupayaan skil Zaraki (Jamil Nurolla) melawan hero Akai dan Helcurt yang digunakan pihak Indonesia, namun pergerakan pantas Oura (Eko Julianto) menggunakan Masha seperti tidak mampu disekat.

Dalam situasi ini juga, percaturan Scott (Muhammad Hazeem Onn) yang menggunakan Baxia untuk meramal pergerakan Indonesia pun sangat baik namun apabila berlakunya perang 5 lawan 5, ia memberi kelebihan besar kepada Indonesia.

Terutama pada minit ke 8 perlawanan apabila ketika itu hanya tinggal Kaizer (Izme Haqeem Hamsjid) yang menggunakan Thamuz.

Pasukan Indonesia terus memberikan asakan demi asakan, terutama apabila mereka jurang perbezaan emas kian meningkat antara kedua-dua pasukan itu.

Serangan Indonesia juga dilihat semakin terus agresif, ketika Drian dari Onic Esports yang terkenal dengan penggunaan hero Helcurt terus memburu mencari mangsa.

Pada 11 minit dah 52 saat, kesemua menara di pihak Malaysia runtuh dimusnahkan Indonesia.

Selang beberapa saat kemudian, Indonesia menjatuhkan kristal, iaitu pertahanan terakhir Malaysia.

Menerusi kemenangan itu, Indonesia secara mutlak layak ke Grand Final dan pingat perak sekurang-kurangnya kini berada dalam genggaman mereka.

Sementara itu, Malaysia dilihat perlu bakal terus bangkit dari kekalahan ini apabila mereka akan kembali bertarung pada final Kelompok Bawah pada Ahad nanti.

Sukan SEA 2019 kali ini memperkenalkan 6 acara e-sukan termasuk Mobile Legends dan menjadikan Razer, sebagai rakan e-sukan rasmi mereka

Acara e-sukan Sukan SEA 2019 telah bermula sejak semalam dan akan berakhir pada 10 Disember nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved