Connect with us

Mobile Legends

#SukanSEA2019: Skuad Mobile Legends Malaysia jumpa tuan rumah esok, 1.30pm

Published

on

Foto Facebook / Mobile Legends

MANILA – Pasukan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) tanah air, akan berjumpa dengan pasukan tuan rumah, Filipina pada pusingan final kelompok bawahan Sukan SEA 2019 esok.

Pada semi final kelompok bawahan semalam, pasukan Filipina menang 2-0 menewaskan pasukan Vietnam.

Sementara itu, pada sebelah petang semalam, skuad Harimau Malaya diterkam pasukan negara jiran, Indonesia pada pusingan peringkat kelompok utama.

Pada pertembungan antara Malaysia dan Indonesia itu menyaksikan persefahaman dan komunikasi pemain Indonesia dilihat lebih berkesan dan agresif terutama pada perlawanan kedua yang mengambil masa hanya 12 minit dan 11 saat.

Pasukan Malaysia tewas 0-2 dalam pusingan itu.

Bagi meneruskan misi mendapatkan emas bagi acara ini, Malaysia perlu menewaskan pasukan Filipina dalam perlawanan Terbaik dalam 3 esok.

Jika menang, Malaysia akan bertemu dengan Indonesia pada final.

Skuad Malaysia kini terdiri daripada :

  • Ahmad Ali Huzaifi Abdullah (Leixia)
  • Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan)
  • Izme Haqeem Hamsjid (Kaizer)
  • Muhammad Hazeem Onn (Scott)
  • Jamil Nurolla (Zaraki)
  • Mohd Faris Zakaria (Soloz)

Sukan SEA 2019 kali ini memperkenalkan 6 acara e-sukan termasuk Mobile Legends dan menjadikan Razer, sebagai rakan e-sukan rasmi mereka

Acara e-sukan Sukan SEA 2019 telah bermula sejak 5 Disember dan akan berakhir pada 10 Disember nanti.


© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved