Connect with us

Mobile Legends

MPL MY trending #1 di YouTube

Published

on

Foto: Moonton / MPL MY S7

SIARAN Langsung Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Ketujuh (MPL MY S7) menjadi sohor kini sohor kini (trending) di Youtube pada semalam!

Dalam video di YouTube Mobile Legends semalam, penstriman langsung hari kedua minggu kelapan MPL MY itu mencatatkan lebih 371,000 tontonan.

Pada semala, empat pertembungan besar antara lapan pasukan berlaku bagi menentukan kelompok (bracket) pada pusingan penentu (playoff) nanti.

Berikut adalah keputusan perlawanan semalam

  • Suhaz EVOS 2 – 0 SMG 
  • Geek Fam 2-1 Homebois
  • Todak 2-0 Red
  • RSG MY 2-0 Reborn

Liga Mobile Legends terbesar di Malaysia itu akan kembali berlangsung untuk hari terakhir peringkat musim liga pada jam 11 pagi tadi.

MPL S7 telah bermula sejak pertengahan Mac lalu dan disertai 10 pasukan Mobile Legends terbaik tanah air.

Ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000 (AS$100,000) secara keseluruhan.

Selepas lapan minggu berlangsung peringkat liga, hanya lapan yang terbaik akan mara ke peringkat playoff

Ketika ini, Todak dan Suhaz EVOS mendahului kumpulan masing-masing dengan rekod kemenangan 10-3 dan 9-3.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved