Connect with us

Mobile Legends

14 jam sehari untuk e-sukan

Published

on

Foto: Facebook / Zeys

14 JAM.

Itu adalah jumlah masa yang diperuntukkan oleh Ketua Jurulatih EVOS Esports, Bjorn Ong (Zeys) dalam masa sehari untuk menjadi yang terbaik dalam e-sukan. 

Menurut Zeys, dia percaya usaha keras perlu terus dilakukan seiring dengan bakat yang ada untuk menjadi yang terbaik.

“Para pemain (EVOS Legends) akan melakukan latihan antara lapan sehingga 10 jam sehari.

“Selepas latihan, saya akan melakukan kerja saya sendiri.

“Saya percaya untuk berada di peringkat tertinggi, usaha perlu terus dilakukan dengan bakat yang ada,” katanya kepada WTM Today.

Zeys dan EVOS Legends baru-baru ini diangkat sebagai juara MPL Indonesia Musim Ketujuh selepas menewaskan Bigetron Alpha 4-2 pada Grand Final.

Dalam satu catatan Instagram baru-baru ini, Zeys juga berkongsikan bahawa dia janji untuk membawa pulang trofi kemenangan sebelum bersara.

“14 jam sehari memang bukan satu penipuan,” kata Zeys dalam satu kapsyen.

Zeys merupakan jurulatih Mobile Legends yang berpengalaman. 

Sebelum ini, dia pernah membantu EVOS Legends memenangi MPL Indonesia pada musim keempat dan juga kejuaraan dunia M1 pada 2019.

Dia juga pernah membantu skuad Singapura EVOS menjuarai MPL MYSG Musim Keempat 2019.

Zeys telah menceburi dunia kompetitif sejak 2009 dan telah menyertai pelbagai acara e-sukan seperti Left 4 Dead, Arena of Valor, League of Legends dan Heartstone.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved