Connect with us

Mobile Legends

EVOS sekat Ferxiic guna media sosial sepanjang MPL

Published

on

Foto: Facebook / EVOS Esports

MENJADI yang terbaik sememangnya memerlukan disiplin dan ketegasan kepada diri sendiri kerana tiada ruang untuk hilang fokus bagi mencapai impian sendiri.

Pemain baru EVOS Legends, Ferdyansyah (Ferxiic) dilihat mematuhi arahan dan peraturan organisasinya dengan sangat baik sepanjang penglibatannya dalam  Liga Profesional Mobile Legends Indonesia (MPL ID) Musim Ketujuh.

Menurut jurulatih EVOS Legends Bjornn Ong (Zeys), penggunaan media sosial Ferxiic disekat sepanjang MPL berlangsung bagi mengelak tumpuannya dalam permainan terganggu.

“Benar, memang kami membataskan penggunaan media sosialnya tapi dia dibenarkan untuk menggunakannya selepas menang.

“Kami mungkin akan menyekat lagi penggunaan media sosialnya selepas ini, tapi tidak boleh dipastikan lagi,” kata Zeys kepada WTM Today.

Jelas Zeys, sekatan itu adalah bagi mengelakkan Ferxiic daripada hilang fokus dan memberi sebarang komen di media sosial.

Dalam EVOS Legends, sekatan itu juga hanya dikenakan kepada Ferxiic memandangkan dia masih muda. Ferxiic ketika ini berusia 16 tahun.

Sememangnya, disiplin pemain yang mendapat jolokan “Baby Roar” itu memberikan satu fokus dan mutu persembahan yang menakjubkan apabila dia muncul sebagai terbaik di bersama EVOS Legends dalam MPL baru-baru ini.

EVOS Legends akan kembali beraksi dalam Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021 pada bulan depan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved