Connect with us

Mobile Legends

MSC kembali, tawar RM610,000

Published

on

Foto: Moonton

PIALA Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) bakal membuat kemunculan kembali pada tahun ini dan bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000).

Menurut Moonton, kejohanan MSC yang disertai 12 pasukan terbaik daripada lapan negara Asia Tenggara nanti akan diadakan menerusi atas talian pada 7 Jun sehingga 13 Jun 2021.

“Kami teruja untuk menganjurkan semula MSC pada tahun ini untuk memeriahkan sokongan peminat-peminat Asia Tenggara,” kata Han Ziwei, Ketua MSC, MOONTON Games dalam satu kenyataan hari ini.

https://www.instagram.com/p/COH6atSpeJx/

Menjelang MSC nanti beberapa acara dalam permainan akan dijalankan termasuk acara bersama bintang-bintang Mobile Legends.

Kali terakhir MSC dijalankan adalah di Manila Filipina pada tahun 2019, yang menyaksikan pasukan Indonesia, Onic Esports muncul sebagai juara.

Penganjuran MSC pada 2020 dibatalkan kerana pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved