Connect with us

Mobile Legends

MPL: Orange Esports menang 6 perlawanan berturut-turut

Published

on

Foto: Moonton / MPL MY S7

COMEBACK IS REAL.

Mungkin ramai tidak menyedari perkara ini, namun selepas menewaskan Red Esports semalam, Orange Esports kini merekodkan kemenangan 6-0 berturut-turut sejak minggu keempat peringkat musim Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Ketujuh (MPLMY S7) .

Berdasarkan rekod itu, Orang Esports kini berada di ranking kedua dalam kumpulan A liga, dengan kadar kemenangan 64 peratus.

Berikut adalah rekod siri kemenangan berturut-turut Orange Esports setakat ini sejak minggu keempat liga:
2-0 vs Homebois
2-1 vs Todak
2-1 vs Reborn Esports
2-1 vs RSG MY
2-0 vs Team Bosskurr
2-1 vs Red Esports

BACA: MPL S7 lagi susah, pasukan Malaysia lebih baik dari Singapura – Ashi

Ada dua kunci utama kenapa Orange Esports mampu melakukan perkara tersebut, iaitu disiplin dan keserasian.

Orange Esports jarang sekali tamak mengejar kills dan mereka tahu bila patut meneruskan sesuatu team fight (pertembungan) atau tidak.

Perkara itu dapat dilihat dalam pusingan ketiga menentang Red Esports semalam apabila pasukan itu mengutip 12 kills tanpa balas. Trio Kuja, Mali dan Mom pun dilihat semakin lama semakin bersama.

Pemilihan hero support, Rafaela sebagai tunjang utama juga dilihat memberi kelebihan kepada pasukan itu semalam. Rafaela yang digunakan Mali berjaya mencatatkan KDA 0/0/11. Mali turut diangkat sebagai pemain terbaik dalam pasukan itu.

Persaingan Orange Esports akan kembali pada minggu terakhir liga iaitu pada minggu hadapan menentang Geek Fam dan Suhaz EVOS.

MPL S7 telah bermula sejak pertengahan Mac lalu dan disertai 10 pasukan Mobile Legends terbaik tanah air.

Ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000 (AS$100,000) secara keseluruhan. Saksikan secara langsung setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di Facebook atau YouTube Mobile Legends.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved