Connect with us

Mobile Legends

MPL S7 lagi susah, pasukan Malaysia lebih baik dari Singapura – Ashi

Published

on

KUALA LUMPUR – Pengurus pasukan Mobile Legends Todak, Mohd Syazlan Mohd Rosdi (Ashi) menyifatkan Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Ketujuh (MPL S7) adalah paling sukar ketika ini.

Ashi berkata kesukaran itu adalah disebabkan tiada lagi penglibatan negara Singapura dalam liga profesional itu.

“Kalau musim keenam saya rasa susah, tapi kali ini saya rasa memang lagi sukar.

“Jujurnya, MPL S7 saya lebih takut (berbanding sebelum ini) kerana tanpa penyertaan pasukan Singapura, ia menjadikan liga itu lebih susah.

“Saya menyifatkan pasukan Malaysia lebih kuat dari Singapura,” kata Ashi yang telah menyertai MPL sejak musim pertama lagi.

Ashi berkata demikian dalam satu temu bual bersama hos MPL, Aiman Kamal (Laphel) selepas tamat perlawanan Todak menentang Orange Esports pada petang semalam.

ICYMI: Ashi nak kahwin!

Dalam perlawanan itu, Ashi dan Todak menang 2-1.

Pada pusingan akhir, Todak menunjukkan satu corak permainan yang meyakinkan walaupun Lord telah diambil Orange Esports pada saat-saat akhir.

Todak seolah-olah mengetahui kunci kemenangan Orange Esports terletak kepada Kuja yang menggunakan hero Thamuz ketika ini.

“Kami sudah bersedia walaupun Lord kami ‘dicuri’.

“Namun kami mematikan hero Thamuz yang digunakan Kuja, yang dilihat cuba mensasarkan hero utama kami,” tambah Ashi dalam temu bual yang sama.

Pada pusingan ketiga itu, Ashi turut turun padang untuk bermain bersama dengan Moon, Ciku, 4meyz dan Momo.

Sebelum ini, Todak telah memenangi perlawanan menentang Reborn Esports 2-1 pada minggu pertama MPL S7.

MPL S7 telah bermula sejak minggu lalu dan disertai 10 pasukan Mobile Legends terbaik tanah air.

Ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000 (AS$100,000) secara keseluruhan. Saksikan secara langsung setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 2 petang di Facebook atau YouTube Mobile Legends.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved