Connect with us

Mobile Legends

SUHAZ EVOS catat 100% Winrate, ranking nombor 1

Published

on

PASUKAN Mobile Legends tanah air SUHAZ EVOS kini berada di ranking pertama kumpulan B Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL MY) Musim Ketujuh 2021.

SUHAZ EVOS yang berjaya mengutip dua kemenangan berturut-turut berjaya mencatatkan kemenangan 100 peratus ketika ini.

Pengurus SUHAZ EVOS, Muhamad Fadhil Hishamuddin (Padel) berkata dia sangat gembira dengan aksi pasukannya itu yang sememangnya di luar jangkaan.

“Jujur cakap, ini impian kami semua sebagai satu pasukan sejak setahun lalu.

“Bila dapat peluang ini, kami tidak mahu sia-siakan dan terus pecut dari awal.Kami juga ada mengkaji strategi pihak lawan.

“Saya tidak jangka SUHAZ EVOS akan bermain dengan begitu baik sekali. Nikmat kegembiraan itu sukar digambarkan,” kata Padel ketika ditanya WTM Today.

SUHAZ EVOS terdiri daripada pemain yang berpengalaman dan muka-muka baru dalam MPL, iaitu D Ace. AJ, Hyhy, Box dan Eavy.

Pasukan itu berjaya mengalahkan pasukan profesional RSG MY dan Red Esports dengan mata kemenangan 2-0.

Pada peringkat kumpulan B, SUHAZ EVOS mendahului dengan 4 mata agregat.

Foto: Mobile Legends

Sementara itu bagi pasukan lain dalam kumpulan B seperti Team Bosskurr, Red Esports, Geek Fam dan RSG MY masih gagal mendapatkan sebarang mata.

Bagi kumpulan A, pasukan Todak kini mendahului dengan 1 mata agregat.

MPL MY Musim Ketujuh menampilkan pertarungan epik antara 10 pasukan Mobile Legends terbaik tanah air.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM410,000 (AS$100,000) secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved