Connect with us

Mobile Legends

Delivery boy Aul cabar diri masuk MPL

Published

on

Daripada bekerja sebagai penghantar makanan sebelum ini, kemudian menjadi penghibur penstriman langsung (streamer), kini Nazirul (Aul) mencabar diri untuk kembali ke arena kompetitif dengan melangkah masuk ke gelanggang profesional Mobile Legends terbesar di Malaysia, MPL Musim Ketujuh minggu hadapan.

Dalam satu pengumuman menerusi Instagram Homebois pada semalam, Aul akan diletakkan dalam barisan pemain utama pasukan Mobile Legends itu bermula minggu ketujuh MPL.

Aul yang sebelum ini memberi tumpuan dalam bidang hiburan penstriman langsung pernah meluahkan hasrat untuk bermain dalam kejohanan.

Dalam satu video temu bual milik personaliti e-sukan Fiera Fendi di YouTube pada Ogos tahun lalu, Aul berkata dia menunggu perancangan Nureddy Nursal (Daddyhood) mengenai penyertaannya dalam arena kompetitif.

“Daddyhood kata tunggu, Aul. Sabar dulu, bawa bertenang.

“Nanti Daddyhood uruskan. Saya ikut sahaja kata Daddyhood sebab dia ibarat ayah saya,” kata Aul dalam video temu bual itu.

Nama Aul tidak lagi asing dalam kalangan komuniti hiburan e-sukan tanah air. Dia yang aktif melakukan penstriman langsung mempunyai lebih 568,000 pengikut di Facebook.

Aul juga sebelum ini pernah menjadi sebahagian daripada Team Saiyan, iaitu salah satu pasukan yang terkenal di Malaysia.

MPLMY S7 akan kembali esok untuk minggu keenam, jangan lupa saksikan perlawanan di Facebook dan YouTube Mobile Legends.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved