Connect with us

General

#EsportsBlueprint: Rangka Tindakan E-sukan Negara di peringkat terakhir penyediaan

Published

on

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong (tengah) ketika menghadiri majlis perasmian Kejohanan Simulasi Perlumbaan Grand Prix Asia Tenggara di Sunway Velocity, Kuala Lumpur. - Foto WTM / Mariah Ahmad

KUALA LUMPUR – Rangka Tindakan (blueprint) E-sukan Negara kini berada di peringkat terakhir penyediaan kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong.

Steven berkata kementeriannya mahu memastikan rangka tindakan yang bakal diumumkan itu betul-betul memenuhi keperluan keadan dan situasi industri e-sukan memandangkan ia merupakan satu inisiatif yang baharu.

“Kelewatan (bagi tatapan umum) ini adalah kerana kita ingin melihat dokumen ini betul-betul memacu industri e-sukan di Malaysia, selain membentuk satu model e-sukan yang lebih sihat.

“Kita pun tahu, bukan semua orang menyokong e-sukan. Ada juga menyuarakan kebimbangan terhadap industri e-sukan ini, jadi kita mengharapkan agar Rangka Tindakan E-Sukan Negara dapat memenuhi segala keperluan.

“Saya percaya ia sudah berada di peringkat terakhir penyediaan dan menteri akan mengumumkannya tidak lama lagi,” kata Steven kepada pemberita selepas melancarkan Perasmian Kejohanan Simulasi Perlumbaan Grand Prix Asia Tenggara di Sunway Velocity pada Khamis.

Sebelum ini Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata rangka tindakan tersebut pembangunan e-sukan negara dijangka siap akhir bulan April.

Beliau berkata rancangan rangka tindakan e-sukan pertama negara itu dilakukan oleh pihak kementeriannya menerusi Majlis Sukan Negara (MSN).

Jelasnya terdapat lima keutamaan strategik bagi rangka tindakan pembangunan e-sukan tersebut iaitu:

  • Ke arah kecemerlangan e-sukan;
  • Sokongan pertumbuhan industri e-sukan;
  • Akses kepada kemudahan e-sukan yang lebih baik untuk menarik pelabur;
  • Membentuk kesedaran awam dan mempromosikan gaya hidup bermain permainan video yang lebih bertanggungjawab;
  • Memupuk tadbir urus dan pentadbiran yang baik dalam industri e-sukan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved