Connect with us

General

Rainbow 6 tidak boleh diakses pengguna Unifi, ganggu atlet tanah air untuk beraksi

Published

on

Rainbow 6 didakwa tidak dapat diakses bagi pengguna internet Unifi.

KUALA LUMPUR –  E-sukan Rainbow Six Siege (Rainbow 6) baru-baru ini didakwa tidak dapat diakses oleh pengguna perkhidmatan Unifi sejak petang kelmarin.

Kapten bagi pasukan Asia Tenggara, Lese Esports, Mohamad Amirul Mohamad berkata keadaan itu menyebabkan kesukaran dan mengganggu rutin latihan harian mereka.

Mohamad Amirul berkata, dia mengharapkan agar Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dapat melihat perkara ini dengan lebih lanjut.

“Kenapa Unifi perlu menghalang sambungan kepada Ubisoft? Kami atlet e-sukan yang mewakili negara untuk Rainbow 6.

“Bagaimana mahu berlatih jika tidak ada langsung akses sambungan (internet)?

“Saya yakin Syed Saddiq bukan seperti menteri yang lain, jadi berharap agar beliau untuk melakukan perkara yang sepatutnya,” kata Mohamad Amirul.

Mohamad Amirul yang menyertai arena profesional e-sukan Rainbow 6 sejak 2017 berkata mereka komited kepada organisasi yang diwakili untuk berlatih sekurang-kurangnya 20 jam seminggu.

Jelasnya, pasukan Lese Esports sedang melakukan satu sesi latihan sebagai persiapan menghadapi satu kejohanan pada Mac nanti.

Mohamad Amirul turut curiga mengenai situasi itu keranan menurutnya, pemain lain yang menggunakan perkhidmatan seperti Maxis dan Time tidak terjejas dan boleh mengakses untuk menggunakan Rainbow 6.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved