Connect with us

PUBG Mobile

PMPL MY/SG: Jadual perlawanan akan bemula jam 12 tengah hari mulai esok

Published

on

KUALA LUMPUR – Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) akan bermula lebih awal mulai esok iaitu pada jam 12 tengah hari.

Perkara itu diumumkan penganjur dalam satu penstriman langsung liga itu pada hari ini.

Menurut penganjur, jadual baharu itu akan dijalankan mulai esok sehingga ke hari ke-18 liga.

Ketika ini liga utama PUBG Mobile bagi dua negara iaitu Malaysia dan Singapura masih lagi berlangsung dan boleh ditonton di Facebook PUBG Mobile.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Juara bagi PMPL bakal mendapat tempat ke Liga Dunia di slot Blok Timur.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved