Connect with us

PUBG Mobile

PMPL MY/SG: MadToi tidak hilang bisa meski beraksi dari Thailand

Published

on

Foto YouTube / Team Secret

KUALA LUMPUR – Meski terpaksa beraksi dari Thailand secara atas talian, ia tidak menghalang pemain profesional pasukan PUBG Mobile Team Secret MY Aekachai Areesanan (Madtoi) untuk beraksi dengan baik dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura.

Pada hari ke-13 PMPL MY/SG menyaksikan MadToi berada di kedudukan pertama bagi jumlah kutipan mata bunuh paling banyak setakat 5 pusingan dijalankan ketika ini.

MadToi berada berada di tangga pertama dengan 13 mata bunuh, diikuti pemain FV Unbeatable Gaming Kid 12 mata bunuh, rakan sepasukannya uHigh 11 mata bunuh, pemain Tone Wow Esports 11 mat bunuh dan pemain Resurgence MY 10 mata bunuh.

Berbaki satu lagi pusingan, Team Secret ketika ini berada di tangga ketiga dengan 63 mata untuk perlawanan kumpulan A dan B hari ini.

Sementara itu, FV Unbeatable Gaming kini berada di tangga paling atas dengan 71 mata.

Tonton PMPL MY/SG di Facebook PUBG Mobile untuk lihat aksi-aksi terkini pasukan-pasukan PUBG Mobile merebut 16 slot utama ke Grand Final.

[MY] PUBG MOBILE Pro League MY/SG S1 HARI-13

Hari ke-13 untuk PUBG MOBILE Pro League S1 sudah bermula! 24 pasukan akan bertanding antara satu sama lain untuk gelaran Number One di Malaysia dan Singapura. 3 pasukan yang mempunyai mata yang tertinggi di Spring Season ini akan layak ke PMPL SEA Finals 2020! Jom tengok siaran langsung dan menyokong pasukan atau pemain kegemaran anda! 31 March 2020 – Kumpulan A vs Kumpulan BScrim Match – ErangelMatch 1 – Miramar Match 2 – ErangelMatch 3 – VikendiMatch 4 – SanhokMatch 5 – ErangelMatch 6 – Miramar Kumpulan A:Bigetron Malaysia, Team Secret MY, Traitor Esports, DivinityEsport, TARA Proyecto X, Tone WoW Esport, Miss Rose Esports Syndicate, NED BrotherhoodKumpulan B:Bapak Ah Esports, FV Unbeatable, Impunity Kage, Team H20, Resurgence, Dingoz, AXIS MPX, Team NoRecoilKumpulan C:Geek Fam, EVOS VIP, Yoodo GANK, Steel Heart Esport, Team Bosskurr, Last Survivor R2K, ESG Gaming, XPERT MY Esport#PUBGMOBILE #PMPL2020

Posted by PUBG MOBILE on Monday, 30 March 2020

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved