Connect with us

PUBG Mobile

PMPL MY/SG: Ranking keseluruhan terkini 31 Mac

Published

on

Bapak Ah Esports masih mengekalkan kedudukan pertama secara keseluruhan setakat ini.

KUALA LUMPUR: Perlawanan hari ke-13 Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) menyaksikan beberapa pasukan bukan pilihan mencipta pelbagai kejutan.

Antara yang menarik apabila kesungguhan dan semangat tidak berputus asa dari pasukan Axis MPX yang akhirnya membuahkan hasil apabila mereka mendapat Chicken Dinner yang pertama hari ini dalam pusingan Miramar.

Sementara itu, pasukan Resurgence juga dilihat hampir mampu mengekalkan momentum dari minggu kedua selepas mendapat Chicken Dinner dalam pusingan pembuka tirai hari ini di Miramar.

Meski hanya sekadar meraih satu Chicken Dinner, Resurgence mampu menamatkan perlawanan hari ini dengan berada di kedudukan kedua denga 71 mata.

Sementara itu, pasukan FV Unbeatable Gaming berada di kedudukan pertama dalam perlawanan kumpulan A dan B hari ini dengan rekod 87 mata dan 34 mata bunuh.

Pemain FV Unbeatable Gaming, Kid turut berada di ranking pertama bagi jumlah kutipan mata bunuh paling banyak pada hari ini iaitu sebanyak 14 mata bunuh.

Berikut adalah ranking keseluruhan setakat 31 Mac, 11.07 malam:

  1. Bapak Ah Esports – 794 mata
  2. Team Secret MY – 750 mata
  3. NED Brotherhood – 665 mata
  4. Yoodo Gank – 646 mata
  5. Bigetron MY – 606 mata
  6. Geek Fam – 578 mata
  7. Resurgence MY – 564 mata
  8. Dingoz Esports – 557 mata
  9. Team No Recoil – 540 mata
  10. TARA Proyecto X – 538 mata
  11. Last Survivor R2K – 507 mata
  12. EVOS VIP – 470 mata
  13. Axis MPX – 429 mata
  14. Xpert MY – 420 mata
  15. ESG Gaming – 411 mata
  16. FV Unbeatable Gaming – 411 mata
  17. Tone Wow Esports – 409 mata
  18. MRE Syndicate – 282 mata
  19. Team Bosskurr – 276 mata
  20. Impunity SG – 259 mata
  21. Steel Heart Esports – 257 mata
  22. DivinityEsports – 231 mata
  23. Traitor Esport – 224 mata
  24. Team H20 – 187 mata

Peringatan: Hanya kumpulan A dan B sudah melalui 9 perlawanan manakala kumpulan C hanya 8 perlawanan setakat hari ini.

Berikut adalah pembahagian 24 pasukan kepada 3 kumpulan :

Kumpulan A:

Bigetron Malaysia, Team Secret MY, Traitor Esports, DivinityEsport, TARA Proyecto X, Tone WoW Esport, Miss Rose Esports Syndicate, NED Brotherhood

Kumpulan B:

Bapak Ah Esports, FV Unbeatablle, Impunity Kage, Team H20, Resurgence, Dingoz, AXIS MPX, Team NoRecoil

Kumpulan C:

Geek Fam, EVOS VIP, Yoodo GANK, Steel Heart Esport, Team Bosskurr, Last Survivor R2K, ESG Gaming, XPERT MY Esport

Berbaki lagi enam hari di peringkat musim liga, ia bakal menjadi satu pertarungan sengit untuk kesemua pasukan yang terlibat memandangkan hanya 16 slot sahaja ditawarkan untuk ke Grand Final PMPL MY/SG.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved