PUBG Mobile
PMPL MY/SG: Ranking keseluruhan terkini 1 April

KUALA LUMPUR – Semakin sukar diramal apa yang akan berlaku dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) yang dilihat semakin hampir menemui penamatnya di peringkat liga.
BAPAK AH Esports membuka tirai liga hari ini yang bermula seawal jam 12 tengah hari dengan memenangi Chicken Dinner di Vikendi.
Kutipan Chicken Dinner itu berjaya diraih selepas mereka memenangi pertarungan 3 lawan 2 pada bulatan akhir. Ini juga merupakan kemenangan pertama BAPAK AH Esports dalam peta itu.
Sementara itu, pada pusingan kedua menyaksikan ESG Gaming meraih Chicken Dinner kedua secara keseluruhan apabila berjaya menyekat strategi Last Survior R2K pada peta kedua di Miramar.
Namun apa yang menjadi tumpuan hari ini adalah bagaimana pasukan XPERT MY mengekalkan konsisten dari awal pusingan yang berjaya mengutip 34 mata bunuh hari ini. Mereka turut berada di ranking pertama di hadapan Yoodo Gank dengan 101 mata pada hari ini.
TONTON VIDEO CHICKEN DINNER PMPL DI INSTAGRAM WTMTODAY
Pemain XPERT MY, Sane turut berada di tempat pertama bagi jumlah kutipan mata bunuh terbanyak iaitu sebanyak 12 mata bunuh.
Pada hari ini turut menyaksikan dua pasukan meraih Chicken Dinner yang pertama, iaitu pasukan Singapura Steel Heart dan Team Bosskurr.
Selain itu, pasukan pilihan peminat Yoodo Gank sempat mengutip Chicken Dinner ke-9 di peta Erangel pada pusingan penutup seketika tadi.
Berikut adalah ranking keseluruhan setakat 1 April, 8 malam:
- Bapak Ah Esports – 855 mata
- Team Secret MY – 750 mata
- Yoodo Gank – 735 mata
- NED Brotherhood – 665 mata
- Geek Fam – 624 mata
- Resurgence MY – 620 mata
- Bigetron MY – 606 mata
- Dingoz Esports – 606 mata
- Team No Recoil – 576 mata
- Last Survivor R2K – 564 mata
- TARA Proyecto X – 538 mata
- Xpert MY – 521 mata
- EVOS VIP – 489 mata
- FV Unbeatable Gaming – 469 mata
- ESG Gaming – 468 mata
- Axis MPX – 465 mata
- Tone Wow Esports – 409 mata
- Team Bosskurr – 356 mata
- Steel Heart Esports – 312 mata
- MRE Syndicate – 282 mata
- Impunity SG – 272 mata
- Divinity Esports – 231 mata
- Traitor Esport – 224 mata
- Team H20 – 211 mata
Peringatan: Hanya kumpulan dan B sudah melalui 10 perlawanan manakala kumpulan A dan B baru melalui 9 perlawanan setakat hari ini.
Berikut adalah pembahagian 24 pasukan kepada 3 kumpulan :
Kumpulan A:
Bigetron Malaysia, Team Secret MY, Traitor Esports, DivinityEsport, TARA Proyecto X, Tone WoW Esport, Miss Rose Esports Syndicate, NED Brotherhood
Kumpulan B:
Bapak Ah Esports, FV Unbeatablle, Impunity Kage, Team H20, Resurgence, Dingoz, AXIS MPX, Team NoRecoil
Kumpulan C:
Geek Fam, EVOS VIP, Yoodo GANK, Steel Heart Esport, Team Bosskurr, Last Survivor R2K, ESG Gaming, XPERT MY Esport
Berbaki lagi lima hari di peringkat musim liga, ia bakal menjadi satu pertarungan sengit untuk kesemua pasukan yang terlibat memandangkan hanya 16 slot sahaja ditawarkan untuk ke Grand Final PMPL MY/SG.