Connect with us

PUBG Mobile

Balingan bom Vokey meratakan skuad Team No Recoil

Published

on

PEMAIN profesional PUBG Mobile bagi pasukan Resurgence MY, Muhammad Imran Rosli (Vokey) dilihat semakin lama semakin selesa beraksi di pentas Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG).

Aksinya hari ini membuktikan Vokey sewajarnya digeruni jika dia mampu mengekalkan momentum, moral dan fokus dalam liga utama itu.

Vokey hari ini menjadi tumpuan dalam kalangan peminat e-sukan PUBG Mobile apabila dia berjaya membunuh dua pemain dari Team No Recoil (TNR) dalam satu pertembungan di peta Erangal dalam hari ke-14 PMPL MY/SG dengan menggunakan bom.

Situasi itu berlaku pada minit ke-22 dalam bulatan keenam dan Vokey dilihat sedang menyorok di semua menara dua tingkat. Ketika itu hanya tinggal 8 pasukan dan 24 pemain.

Pergerakan Vokey kemudiannya dihidu kesemua pemain TNR iaitu SinB, Insomnus, Steward9k dan Agahhe.

Vokey membaling dua bom dari tingkat dua sebelum menyorok di satu sudut.

Namun ketika ini juga SinB tersilap membaling bom dan menyebabkan kecederaan kepada Agahhe.

Balingan bom Vokey mengena dan menyebabkan SinB maut. Dalam situasi yang kelam kabut itu bagaimanapun tidak menghalang untuk Insomnus menemui Vokey.

Meski sempat bertentang mata, malang tidak berbau buat Insomnus yang tidak mengetahui bahawa Vokey telah membaling bom ketiga sebelum ketibaannya.

Berikutan itu, Agahhe yang tersungkur kerana balingan bom rakan sepasukannya itu pulang ke lobi apabila Steward9k sempat ditembak pemain Yooodo Gank, Jumper dari jauh.

Vokey juga sempat minum seperti seorang bos selepas pertarungan menentang 3 pemain TNR itu.

TONTON VIDEO VOKEY MERATAKAN PASUKAN TEAM NO RECOIL

Sementara itu, Insomnus dalam satu komen di Instagram WTM Today berkata dia akan kembali untuk mendapatkan Vokey selepas ini.

Sebagai reaksi balas, Vokey dengan merendah diri berkata: “Hahaha mantap. (Saya) bernasib baik sahaja.”

Vokey dan Resurgence hari ini berada di kedudukan ke-8 dengan kutipan markah sebanyak 56 mata.

Secara keseluruhan, Vokey dan Resurgence berada di tangga ke-6 dengan kutipan 620 mata.

Pasukan itu juga pernah dipilih sebagai pasukan terbaik pada minggu kedua PMPL MY/SG.

Selain Vokey, Resurgence terdiri daripada Muhammad Mukhriz Lutfi Fariq Adlan (IronPRO) Alexis Aw Chee Loong (SmallBoY) dan Jay Lim Jarn Jiang (Y2K).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved