Connect with us

PUBG Mobile

Kagura H20 tunjuk jalan keluar kepada RSG selepas menang 1vs4

Published

on

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile bagi pasukan Singapura, Muhammad Faiz Rosli (H20) mencuri tumpuan peminat e-sukan dalam pusingan perlawanan hari ke-14 Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL) semalam.

Dalam satu pertempuran di Miramar itu, Kagura berjaya menumpaskan kesemua pemain Resurgence MY dengan seorang diri.

Ia berlaku pada minit ke-17 apabila bom yang dibaling Kagura dilihat menjatuhkan dua pemain Resurgence MY iaitu Y2K dan Smallboy.

Kagura kemudiannya mencari mangsa ketiga pasukan Resurgence MY iaitu IronPro yang kemudiannya jatuh menyembah bumi selepas ditembak dengan senjata Uzi.

Tidak mahu membuang masa, Kagura terus mengatur langkah satu demi satu untuk menghantar pemain-pemain Resurgence MY ke lobi.

Kagura yang berada di bahagian atas bukit terus menamatkan nyawa Y2K yang tersungkur di bahagian lereng.

3 pemain Resurgence MY kini jatuh ke tangan Kagura.

Selang beberapa saat kemudian, Kagura kemudiannya berdepan dengan Vokey dalam pertempuran 1 lawan 1.

Kagura terus menukar menggunakan Uzi dalam pertempuran jarak dekat itu.

Meski hampir mati, kemenangan menjadi milik Kagura selepas 26 butir peluru digunakan untuk membunuh Vokey.

TONTON VIDEO: KAGURA MENANG 1VS4 LAWAN RESURGENCE MY

Secara keseluruhan Kagura dan H20 kini berada di ranking ke-24 ketika ini 221 mata.

PMPL MY/SG masih lagi berlangsung untuk minggu yang ketiga dan boleh ditonton pada jam 12 tengah hari nanti di Facebook PUBG Mobile.

PUBG Mobile

#RoadToSEA Final: Dah dapat slot pun Yoodo Gank, Team Secret nak terus dominasi

Published

on

KUALA LUMPUR – Dua gergasi PUBG Mobile Malaysia, Yoodo Gank dan Team Secret MY mendominasi ranking hari pertama Grand Final Liga Profesional Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua dengan masing-masing berjaya mengutip dua Chicken Dinner.

The One and Onleh Yoodo Gank yang membuka tirai dengan penuh bergaya di peta Miramar berada di tangga pertama ranking Grand Final ketika ini dengan kutipan 93 mata secara keseluruhan termasuk 41 mata bunuh.

Manakala Team Secret MY yang berada di tangga kedua mengutip 89 mata termasuk 46 mata bunuh.

Kedua-dua pasukan itu juga menunjukkan mutu persembahan yang menarik dan mantap terutama pada pusingan keenam Grand Final yang berlangsung di Miramar.

Dalam pusingan itu, Yoodo Gank dan Team Secret MY membuktikan kedua-dua pasukan itu mempunyai reputasi tersendiri dengan menunjukkan pertarungan yang sangat matang dan tidak tergopoh.

Sememangnya ia satu pertarungan El Classico PMPL MYSG yang memukau penonton kerana kedua-dua pasukan itu mempunyai kekuatan tersendiri.

Sebagai contoh, pada zon selamat terakhir di Miramar itu berlangsung lebih 1 minit 30 saat bagi kedua-dua pasukan itu berlawan untuk mendapatkan Chicken Dinner.

Pertembungan itu menyaksikan aksi yang luar biasa dari Terminator Terbaik Asia Tenggara, Azim Ikromi (Draxx) dan Terminator Terbaik Liga PMPL MYSG, Dhiya Mohd Arasz (uHigh).

Namun percaturan uHigh untuk melakukan lompatan sambil melepaskan tembakan membuahkan hasil apabila ia mengena Draxx.

Sementara itu, tidak jauh di berada di belakang Team Secret MY dalam ranking adalah Team SMG yang turut mengutip dua Chicken Dinner hari ini di Erangel dan Sanhok.

Team SMG mempunyai 85 mata ketika ini, hanya lima mata ketinggalan di belakang Team Secret MY.

Tumpuan akan diberikan kepada penyandang tempat ketiga dan keempat Grand Final PMPL MYSG jika Yoodo Gank dan Team Secret MY terus mendominasi pada esok dan lusa.

Ia berikutan hanya dua slot diberikan kepada liga tersebut untuk mewakili Malaysia ke peringkat Asia Tenggara, iaitu Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua.

Setakat ini dua pasukan Malaysia telah disahkan akan ke SEA Final 2020 iaitu Yoodo Gank selaku juara musim pertama dan Team Secret MY yang memenangi peringkat liga PMPL MYSG pada minggu lalu.

Grand Final PMPL MYSG akan berlangsung sehingga Ahad ini dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM625,000 secara keseluruhan.

Continue Reading

PUBG Mobile

#RoadToSEAFinal: “Dulu dia kata tak gayat, sekarang kat bawah”- Savior

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

“HARI itu, tak silap saya dia kata dia tak gayat. Sekarang saya tengah cari mana dia. Oh, di bawah. Come and catch me bro. Ingat nama kami, SMG, okay?”

Itu usikan jurulatih pasukan profesional PUBG Mobile Still Moving Under Gunfire (SMG), Muhammad Hazwan Abd Halim (Savior) kepada Muhammad Farhan Abdul Gaffar (JangS) yang merupakan jurulatih pasukan Team Secret MY.

Savior berkata demikian dalam satu temubual selepas Team SMG memenangi Chicken Dinner Kedua dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG).

Sebelum ini Jangs pernahmenyatakan bahawa dia tidak “gayat” berada di atas carta keseluruhan ketika Team Secret MY mendominasi carta liga PMPL MYSG pada minggu lalu.

Foto: Facebook/ PUBG Mobile

Jangs sebelum ini berjaya memimpin pasukannya Team Secret MY ke puncak liga profesional kebangsaan itu sekaligus menerima slot ke peringkat Asia Tenggara nanti.

Sementara itu, Savior, bekas pemain profesional untuk e-sukan Player Unknowns’ BattleGrounds, kini menyertai pasukan SMG sebagai jurulatih untuk memimpin pasukan mereka menjuarai Grand Final PMPL MYSG.

Selepas lima pusingan bertanding, pasukan SMG berada di tempat kedua, satu mata sahaja di belakang pasukan Yoodo Gank.

View this post on Instagram

#RoadToSEAFinal: Ahhh, macam tu je @smg_jenny9 secara live mengajar warga emas @nrddynrsl baling bom macam mana. 🤣😂⁣ ⁣ GGWP @teamsmgofficial! Chicken Dinner yang kedua! BAPAK AH MANTAPPPPPP!!⁣ ⁣⁣ Kutipan Chicken Dinner, Hari Pertama Grand Final:⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Pusingan 1 – Miramar – Yoodo Gank⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Pusingan 2 – Erangel – Team SMG ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣Pusingan 3 – Vikendi – Team Secret MY⁣⁣⁣⁣⁣ Pusingan 4 – Sanhok – Team SMG ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣ Alright guys, jangan lupa follow WTM di: ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 📸 Instagram @wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗨 Facebook What’s The Meta ⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🎬 YouTube wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗯 wtmtoday.MY⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Video: @pubgmobilemyofficial ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #wtmtoday #pmplmysg #pubgmobile #betheone #bukansekadarmaingame #iniesukankita

A post shared by What’s The Meta Today (@wtmtoday) on

Pasukan SMG berjaya mengutip 72 mata dengan 27 mata bunuh secara total setakat ini.

SMG, yang dibarisi Mohd Harith Iskandar (Bard), Mohd Nazeri Shahrin (Trixnity), Muhammad Danny Irfan (Jenny), Aqil Yusli (Six) dan Fairul Iskandar Putra (Putra) sebelum ini pernah menjuarai peringkat liga PMPL MYSG bagi musim pertama menerusi nama Bapak Ah Esports.

Grand Final PMPL MYSG masih lagi berbaki 13 pusingan tinggal bagi pasukan-pasukan PUBG Mobile terbaik tanah ir untuk mendapatkan dua slot ke kejohanan peringkat Asia Tenggara.

Mampukah pasukan SMG mendominasi carta keseluruhan dan muncul di atas selepas tiga hari kejohanan?

Saksikan Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua secara langsung di Facebook PUBG Mobile dan anda juga berpeluang untuk memenangi kereta Perodua Myvi!

Continue Reading

PUBG Mobile

#RoadtoSEAFinal: iNaoki mungkin tidak akan main Grand Final – Man Parang

Published

on

KUALA LUMPUR – Pemain kelima Yoodo Gank Azmal Jasni (iNaoiki) berkemungkinan tidak akan beraksi dalam Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua, kata kapten Aiman Mohd (Man Parang).

Man Parang berkata ia berikutan keempat-empat pemain utama Yoodo Gank ketika ini berada di lokasi latihan pasukan itu selain iNaoiki.

“Kami berada di lokasi latihan pasukan sempena Grand Final kecuali iNaoki. Jadi siapa yang ada di sini sahaja akan bermain,” kata Man Parang secara ringkas.

Dia berkata demikian dalam satu temu bual PMPL selepas memenangi Chicken Dinner Grand Final di Miramar seketika tadi.

BACA: Yoodo Gank dapat circle, CCV naik lebih 79,000 tontonan

View this post on Instagram

#RoadToSEAFINAL: Carta dan ranking selepas tamat pusingan pertama. Wowza semua merah dalam carta terminator guys. GGWP Yoodo Gank dan Geek Fam!⁣ ⁣ Geek Fam kini mendahului di tangga pertama selepas mengutip 12 mata bunuh! YAZZAAAAAAA! ONCE A GEEK ALWAYS A FAM! ⁣ ⁣⁣⁣ Kutipan Chicken Dinner, Hari Pertama Grand Final:⁣⁣ Pusingan 1 – Miramar – Yoodo Gank⁣⁣ ⁣⁣ Alright guys, jangan lupa follow WTM di: ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 📸 Instagram @wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗨 Facebook What’s The Meta ⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🎬 YouTube wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗯 wtmtoday.MY⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣ Foto: @pubgmobilemyofficial ⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #wtmtoday #pmplmysg #pubgmobile #betheone #bukansekadarmaingame #iniesukankita

A post shared by What’s The Meta Today (@wtmtoday) on

Difahamkan, lokasi latihan Yoodo Gank yang dinamakan Wulfden terletak di Puchong, Selangor.

Ketika ini sedang berlangsung Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua yang menyaksikan 16 pasukan terbaik tanah air merebut gelaran juara dan slot ke Grand Final PMPL Asia Tenggara (SEA Final) 2020.

Hanya dua pasukan terbaik dalam kejohanan itu akan mara ke SEA Final 2020.

Setakat ini dua pasukan Malaysia telah disahkan akan ke SEA Final 2020 iaitu Yoodo Gank selaku juara musim pertama dan Team Secret MY yang memenangi peringkat liga PMPL MYSG pada minggu lalu.

Sementara itu, Man Parang juga meninggalkan beberapa kata-kata semangat kepada pasukan-pasukan yang lain dalam misi merebut slot itu.

“Selamat maju jaya dan lakukan yang terbaik untuk dapatkan slot ke SEA Final. Ayuh, mari kita lakukannya,” kata Man Parang.

Tonton Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua secara langsung di Facebook PUBG Mobile dan dan anda berpeluang untuk memenangi kereta Perodua Myvi.

Continue Reading

Trending

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved