Connect with us

PUBG

Pemain Malaysia berusia 17 tahun, Shen, bakal sertai skuad PUBG Tyloo

Published

on

PEMAIN e-sukan kompetitif PUBG, Anderson Chong (Shen) akan menyertai gergasi FPS China, Tyloo.

Menurut Shen, dia telah pun menandatangani perjanjian kontrak dengan organisasi e-sukan itu.

“Saya sangat gembira dapat menyertai organisasi besar seperti Tyloo kerana saya dapat bermain secara profesional seperti mereka.

“Tyloo juga melayan saya seperti keluarga. Ia sememangnya salah satu impian saya untuk menyertai organisasi e-sukan yang besar. Satu lagi impian saya semestinya untuk menjadi juara.

“Seharapnya kami akan dapat melakukan yang terbaik dalam setiap pertandingan yang disertai,” kata pemain berusia 17 tahun itu kepada WTM Today baru-baru ini.

Jelas Shen, Tyloo akan membuat pengumuman rasmi mengenai penyertaannya itu dalam masa terdekat.

Shen juga berkata, dia akan ke China untuk bermain bersama Tyloo bila situasi pandemik dilihat semakin reda.

Sebelum ini Shen pernah menyertai kejohanan Siri Mingguan PUBG: Asia Timur Fasa 1 (PWS) 2021 bersama pasukan Taiwan, Aura Esports. Dalam kejohanan yang melibatkan 28 pasukan Asia itu, Shen dan Aura Esports meraih kedudukan ke-15.

Sementara itu, Shen juga berkata penyertaannya ke pasukan China itu dilihat sebagai satu peluang untuk membuktikan dia seorang pemain yang baik.

“Ramai kata saya bermain tipu atau hacking. Saya mungkin ada banyak tekanan apabila bermain di peringkat kejohanan namun dalam masa yang saya ia menyeronokkan kerana saya boleh tunjukkan kepada ramai orang yang saya boleh bermain,” kata Shen.

Menerusi penyertaan Shen ke Tyloo itu menjadikan dia sebagai pemain e-sukan Malaysia yang kedua yang menyertai organisasi China itu.

Sebelum ini, pemain CSGO tanah air, Ramona Azween menyertai skuad CSGO Wanita Tyloo pada 22 Julai 2019.

Selain itu, satu lagi pemain CSGO Malaysia, Andrew Khong, (Kaze) bermain untuk musuh tradisi Tyloo iaitu Vici Gaming. Kaze telah menyertai skuad CSGO Vici Gaming sejak 3 September 2018.

Pengasas, pengarang dan penerbit What's The Meta.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved