PUBG
PAPAZA8 mahu terus berjuang untuk PUBG PC

KUALA LUMPUR – Kenalan rapat Allahyarham Agusalim Amran (Agus), Muhammad Zaid (PAPAZA8) berhasrat untuk terus berjuang dalam arena e-sukan PUBG PC walaupun ia kurang menerima sambutan dalam kalangan komuniti.
PAPAZA8 yang bermain untuk pasukan REDSEA Esports berkata, dia masih memasang hasrat untuk bertarung di peringkat antarabangsa
“Saya memang dari dulu nak ke kejohanan PUBG Global,” kata PAPAZA8 secara ringkas.
Antara pencapaian PAPAZA8 termasuklah:
- Siri Cabaran PUBG OMEN Malaysia (CHAMPION) 2018
- Wakil Malaysia ke PUBG OMEN Challenger Series di Thailand – 2018
- PUBG Southeast Asia Championship Top 15 – 2019
- Sin Esport Malaysia qualifiers 2019 – Top 3
- Kelayakan ke Liga Predator PUBG League 2019
- Matchroom Liga PUBG Invitational Musim Pertama 2019 – Top 6
PAPAZA8 juga pernah menjadi jurulatih untuk pasukan J8 Esports dan TABAH NSEA untuk Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga dan Musim Keempat (PMPL MYSG) 2021.
Dia dijangka akan menyertai Kejohanan PUBG Continental Musim Keenam 2022 yang akan bermula bulan ini.