Connect with us

General

Piawaian lesen kafe e-sukan perlu diseragamkan

Published

on

Penyelerasan piawaian permohonan lesen kafe itu akan diperincikan dalam Rangka Tindakan (blueprint) Pembangunan E-sukan Negara yang akan dilancarkan pada awal November. - Foto fail / Facebook Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Piawaian perlesenan pusat dan kafe e-sukan perlu diselaraskan, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata piawaian yang membezakan antara kafe siber dan kafe e-sukan ketika ini masih belum jelas.

“Kita lihat ada piawaian berlainan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan peringat negeri. Ia juga tidak seragam dengan piawaian yang ditetapkan di peringkat persekutuan.

“Dalam mesyuarat bersama Exco Belia dan Sukan pada setiap negeri, perkara ini telah pun dibangkitkan dan dibincangkan. Ada yang berkata sukar untuk mendapatkan lesen di Melaka walaupun telah mengeluarkan enam lesen.

“Namun ada juga negeri telah pun mengambil inisiatif tersendiri untuk mengubah undang-undang sedia ada untuk memudahkan proses pendaftaran ini,” katanya dalam satu sesi Dewan Rakyat semalam.

Jelasnya penyelerasan piawaian permohonan lesen kafe itu akan diperincikan dalam Rangka Tindakan (blueprint) Pembangunan E-sukan Negara yang akan dilancarkan pada awal November.

“Apabila rangka tindakan e-sukan dibentangkan minggu pertama November, perkara ini akan diperincikan dengan lebih telus.”

Syed Saddiq berkata beliau mengharapkan dengan keseragaman piawaian itu dapat menggalakkan lagi penglibatan anak-anak muda yang mahu membuka kafe e-sukan dan seterusnya merancakkan industri e-sukan di seluruh Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved