Connect with us

Mobile Legends

MPL: EVOS SG tamatkan sumpahan, muncul juara musim keempat!

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends EVOS SG, muncul sebagai juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura seketika tadi.

EVOS SG menang 3-2 dalam satu perlawanan epik Grand Final yang berlangsung di KL Live, di sini hari ini.

MPL Malaysia dan Singapura menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM415,000.

Menerusi kemenangan itu, EVOS Esports membawa pulang hadiah kemenangan bernilai kira-kira RM104,000 (AS$25,000).

Sementara itu bagi TODAK yang muncul sebagai naib juara membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM50,000 (AS$12,000).

Dalam Grand Final itu juga menyaksikan Potato muncul sebagai MVP dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak kira-kira RM4,000 (AS$1,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved