Connect with us

Mobile Legends

Kontroversi Grand Final MPL: Kami hormati pengadil, terima kekalahan – Todak

Published

on

Pada Grand Final MPL Keempat menyaksikan Todak tewas kepada pasukan Singapura, EVOS SG 3-2. - Foto Todak

NAIB juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura musim keempat, Todak memohon maaf berikutan satu video yang dimuat naik pemainnya sehari selepas perlawanan Grand Final liga tersebut.

Pengurus pasukan MLBB Todak, Ashi berkata emosi pemainnya pada ketika itu menguasai pertimbangan dan merencatkan mesej yang ingin mereka sampaikan.

“Berikutan satu video penstriman langsung yang telah dibuat oleh pihak kami, terdapat sedikit salah faham mengenai mesej yang disampaikan oleh salah seorang pemain kami.

“Jadi saya memohon maaf di atas kenyataan yang telahpun dikeluarkan sewaktu sesi video penstriman langsung tersebut. 

“Hal ini disebabkan video penstriman langsung tersebut telahpun dibuat sehari selepas perlawanan peringkat akhir MPL Musim Keempat,”katanya.

Pada Grand Final MPL Keempat menyaksikan Todak tewas kepada pasukan Singapura, EVOS SG 3-2.

Jelas Ashi, pasukan Todak sebenarnya menghormati keputusan pengadil dengan hati yang terbuka dan menerima kekalahan mereka di peringkat akhir tempoh hari.

Lantaran itu Ashi berkata dia memohon maaf kepada salah faham yang telah berlaku dan memohon penyokong Todak agar tidak memanjangkan perkara tersebut.

“Kami ingin memohon maaf di atas kekalahan kami pada MPL Playoff tempoh hari dan berjanji untuk memikul harapan dan sokongan para penyokong kami dengan sehabis baik. 

“Teruskan menyokong kami agar dapat kami mengharum nama Malaysia di persada dunia untuk kejohanan M1 pada bulan November ini,”katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved