Connect with us

Mobile Legends

Kontroversi Grand Final MPL: Nenas sudah tukar flicker, kemudian ketika loading game, spell itu bug dan jadi sprint – Xray

Published

on

Dalam satu video berdurasi 1 minit 25 saat Xray (gambar) dilihat sedang menjelaskan apa yang berlaku ketika perlawanan kelima Grand Final MPL Malaysia dan Singapura pada Ahad lalu.

PEMAIN kompetitif Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) bagi pasukan TODAK, Mohd Aiman Idris (Xray) mendakwa terdapat pepijat (bug) dalam perlawanan kelima Grand Final Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura pada Ahad lalu.

Pada perlawanan yang menentang pasukan Singapura, EVOS SG itu, Xray berkata rakan sepasukannya Shahril Anuar Abdul Rashid (Nenas) memilih spell Flicker untuk hero Minotaur.

Namun Xray berkata ketika paparan loading page berlaku, spell Flicker itu menjadi Sprint.

“Nenas sudah tukar Flicker. Kemudian ketika perlawanan loading, spell itu bug dan menjadi Sprint.

“Apabila perlawanan bermula, kami meminta pause (rehat sejenak) dan minta remake (bermain semula),” kata Xray.

Xray berkata demikian dalam satu video yang dikirimkan pembaca What’s The Meta. 

Video berdurasi 1 minit 25 saat itu Xray dilihat sedang menyatakan situasi apa yang berlaku ketika perlawanan kelima itu berlangsung di KL Live, Kuala Lumpur.

Pada Grand Final itu menyaksikan Todak tewas 2-3 kepada EVOS SG.

Minta remake tapi EVOS tidak mahu

Dalam video yang sama, Xray juga mendakwa EVOS SG tidak menghormati mereka kerana dakwanya, EVOS SG enggan melakukan remake (bermain semula) dalam perlawanan itu.

“Kami beritahu marsyal yang kami mahu remake. Marsyal kemudiannya bertanya kepada EVOS SG. EVOS SG memang tidak mahu remake.

“Tapi kami minta juga untuk remake sebab itu adalah perlawanan terakhir. Kami mahu lakukan betul-betul termasuk (pemilihan) spell, tak nak (melakukan) kesilapan.

“Kami tunggu sehingga kira-kira 10 minit, banyak kali minta dengan EVOS SG untuk remake sebab ketika perlawanan kedua, mereka mahu remake kami bagi kerana spell hero Khufra mereka salah emblem,” tambah Xray.

Xray berkata lagi, Todak menghormati permintaan mereka untuk remake pada perlawanan kedua itu tetapi Xray mendakwa EVOS SG tidak menghormati Todak apabila EVOS SG tidak mahu remake apabila diminta Todak.

“Mereka suruh kami guna spell Sprint, spell yang salah itu. Jadi kami pun tidak boleh buat apa-apa, marsyal pun tidak boleh buat apa-apa,” katanya.

Sementara itu, pengurus Todak Mohd Syazlan Mohd Rosdi turut menyatakan perkara yang sama dalam satu video penstriman langsung Todak.

Next season kita rampas balik !!!Sekarang M1 !!!

Posted by Todak on Sunday, 20 October 2019

“Betul ke emblem Mino (Minotaur) Sprint? Tidak betul pun. Kita ambil flicker dalam perlawanan, tiba-tiba ada bug

“Ia tiba-tiba tukar Sprint, entah macam mana. Itu yang kami minta pause. Tapi mahu buat macam mana kan? Kita tidak dapat remake. Orang sana tidak mahu bagi.

“Dah lah masa perlawanan pertama kita bagi! Itulah pepatah Melayu berkata, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali,” kata Ashi.

Ashi bagaimana pun dalam satu kenyataan berkata Todak memohon maaf berikutan video yang dimuat naik pemainnya sehari selepas perlawanan Grand Final liga tersebut.

Jelasnya emosi pemainnya pada ketika itu menguasai pertimbangan dan merencatkan mesej yang ingin mereka sampaikan.

Berdasarkan pemerhatian What’s The Meta pada penstriman langsung Facebook MLBB mengenai Grand Final itu menyaksikan Nenas memilih hero Minotaur dengan menggunakan spell Sprint sebelum perlawanan bermula.

15 saat selepas penukaran akhir dilakukan, penstriman langsung itu kemudiannya beralih kepada iklan Kejohanan Piala Dunia M1.

Selepas iklan tamat, perlawanan berada dalam keadaan rehat sejenak selama 11 minit 50 saat.

Ketika ini, What’s The Meta sedang mendapatkan reaksi daripada EVOS SG, pembangun dan penerbit e-sukan Mobile Legends, Moonton, dan pihak penganjur eGG Network mengenai dakwaan ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved