Connect with us

Mobile Legends

Kontroversi Grand Final MPL: Moonton lakukan siasatan

Published

on

Grand Final MPL Malaysia dan Singapura pada musim keempat menyaksikan Todak tewas 2-3 kepada EVOS SG. - Foto Facebook / MLBB

PEMBANGUN dan penerbit e-sukan mudah alih Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends), Moonton sedang melakukan siasatan berhubung isu berkaitan perlawanan kelima Grand Final Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura pada Ahad lalu.

Menurut sumber, Moonton sedang melakukan siasatan mengenai isu tersebut dan sedang berkomunikasi secara rapat dengan kedua-dua pasukan tersebut, iaitu EVOS SG (Singapura) dan TODAK (Malaysia).

“Kami akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” kata sumber.

Sebelum ini, pemain kompetitif Todak, Mohd Aiman Idris (Xray) mendakwa terdapat pepijat (bug) dalam perlawanan kelima MPL itu.

Pada perlawanan yang menentang pasukan Singapura, EVOS SG itu, Xray berkata rakan sepasukannya Shahril Anuar Abdul Rashid (Nenas) memilih spell Flicker untuk hero Minotaur.

Namun Xray berkata ketika paparan loading page berlaku, spell Flicker itu menjadi Sprint.

Xray juga mendakwa EVOS SG tidak menghormati mereka kerana dakwanya, EVOS SG enggan melakukan remake (bermain semula) dalam perlawanan itu.

Xray berkata demikian dalam satu video yang dikirimkan pembaca What’s The Meta. 

Video berdurasi 1 minit 25 saat itu Xray dilihat sedang menyatakan situasi apa yang berlaku ketika perlawanan kelima itu berlangsung.

Sementara itu, pengurus Todak Mohd Syazlan Mohd Rosdi bagaimana pun dalam satu kenyataan berkata Todak memohon maaf berikutan video yang dimuat naik pemainnya sehari selepas perlawanan Grand Final liga tersebut.

Jelasnya emosi pemainnya pada ketika itu menguasai pertimbangan dan merencatkan mesej yang ingin mereka sampaikan.

Grand Final MPL Malaysia dan Singapura pada musim keempat menyaksikan Todak tewas 2-3 kepada EVOS SG.

Perlawanan itu berlangsung pada hujung minggu lalu, di KL Live, Kuala Lumpur. 

MPL kali ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM414,000.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved