Connect with us

Mobile Legends

Red Phoenix juara MLBB Bulan Sukan Negara Peringkat Selangor

Published

on

Red Phoenix terdiri dari pemain-pemain yang tidak asing dalam arena Mobile Legends seperti Error dan Sto (Dragon), Brook, Ash dan Naofumi.

PASUKAN kompetitif Mobile Legends : Bang Bang Red Phoenix muncul sebagai juara dalam Kejohanan Mobile Legends Bulan Sukan Negara Peringkat Negeri Selangor 2019.

Red Phoenix yang terdiri daripada pemain-pemain yang tidak asing dalam arena Mobile Legends seperti Error dan Sto (Dragon) membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dalam kejohanan itu.

Selain Error dan Sto, Red Phoenix terdiri daripada Brook, Ash dan Naofumi.

Red Phoenix muncul juara selepas mengalahkan Bihun Sup Gaming pada final yang berlangsung di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi pada minggu lalu.

Sementara itu, pasukan I Need To Sleep berada di tempat ketiga dalam kejohanan itu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved