Connect with us

Mobile Legends

Penyokong adalah MVP sebenar dalam kejayaan saya – Soloz

Published

on

KUALA LUMPUR – Kapten pasukan profesional Mobile Legends Shopee Bosskurr, Faris Zakaria (Soloz) melahirkan rasa syukur kerana terpilih sebagai pemain MVP (Pemain Terbaik) bagi peringkat Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia dan Singapura (MPL) untuk Musim Keempat.

Soloz berkata, dia dedikasikan anugerah MVP itu kepada peminatnya.

“Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana ini adalah rezeki dariNya. 

“Terima kasih juga saya kepada mereka yang sudi mengundi saya sepanjang kempen MPL ini. Tanpa anda semua, memang tiada gelaran MVP ini. 

“Bukan saya yang MVP, sebenarnya penyokong sayalah MVP yang sebenarnya dalam kejayaan saya,” kata Soloz kepada What’s The Meta.

Soloz menggantikan tempat Ahmad Fuad Razali (Fredo) yang kini mengalas tugas baharu untuk memimpin divisyen PUBG Mobile Bosskur yang diasaskan pada Jun lepas.

Selain Soloz, Shopee Bosskur terdiri daripada Andi Alfian Firman (Gripex), Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan), Sofian Sultan (Penjahat) dan Herwin Baharuddin (Rush).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved