Connect with us

General

MPL: Adakah jemputan terus Reborn sah?

Published

on

Reborn sebelum ini muncu juara musim kedua MPL Malaysia dan Singapura. - Foto fail

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat pasukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) Malaysia diumumkan penganjur dalam satu kenyataan media hari ini, telah mendapat jemputan terus ke Liga Profesional (MPL) Musim Keempat.

Pasukan-pasukan tersebut adalah:

  • Geek Fam (Juara MPL Musim Ketiga)
  • Reborn (Kedudukan ke-5/6 Musim ketiga)
  • Xpax X-Assins (Kedudukan ke-7/8 Musim ketiga)
  • Shopee Bosskurr (Kedudukan ke-7/8 Musim ketiga)

Namun timbul persoalan sama ada jemputan terus Reborn untuk ke liga musim keempat itu sah apabila tiga daripada pemain tersebut telah pun meninggalkan pasukan tersebut selepas selesai MPL musim lalu.

BACA:  Pasca MPL : Loong, Rynn, Evilx tinggalkan Reborn

Menurut Pengurus E-sukan Moonton, Jayden Wei dalam satu kenyataan hari ini, selagi pasukan-pasukan berkenaan (yang mendapat jemputan terus) masih mengekalkan 60% barisan pemain masih sama seperti musim ketiga, mereka layak untuk menyertai liga yang akan datang.

Pada musim lalu, pemain reborn terdiri daripada Silo (Akmal Afi Uzair Daud), Muhd Nurhafis Jamiran (Evilx), Saw Kee Loong (Loong), Muhd Firdaus Abdul Jamil (Rynn), Lacid (Fiqri Atiq Mohd Fauzi Lai) dan Kenpanchi.

Barisan pemain Reborn pada musim lalu. – Foto mysg.mpl.mobilelegends.com

Bagaimanapun, pada April lalu tiga ahli pasukan tersebut Loong, Rynn dan Evilx umum meninggalkan pasukan terkemuka Reborn.

Situasi ini menimpulkan persoalan sama adakah jemputan terus Reborn sah, memandangkan menurut Moontoon, setiap pasukan perlu memastikan sekurang-kurangnya 60% barisan pemain yang sama seperti musim ketiga.

What’s The Meta ketika ini sedang mendapatkan penjelasan daripada pihak penganjur.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved