Mobile Legends
M2 sah di Jakarta
KUALA LUMPUR – Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang yang kedua bakal bertempat di Jakarta, Indonesia.
Perkara itu diumumkan dalam satu video pendek selepas tamat acara penyampaian hadiah Kejohanan M1 World yang berlangsung di Axiata Arena hari ini.
M1 yang menawarkan hadiah wang terkumpul RM1 juta menyaksikan Pasukan Indonesia EVOS Legends muncul sebagai juara.
Dalam perlawanan Grand Final itu menyaksikan pertembungan epik El Classico itu menyaksikan EVOS Legends terpaksa berusaha keras untuk menundukkan musuh ketatnya, Rex Regum Qeum (RRQ) Hoshi 4-3 dalam format perlawanan Terbaik dalam 7.
Grand Final itu turut menyaksikan kedua-dua gergasi Indonesia itu masih menguasai arena e-sukan Mobile Legends.
Pada Piala Asia Tenggara (MSC) 2019 yang lalu turut menyaksikan Indonesia muncul sebagai juara menerusi pasukan Onic.