Connect with us

Mobile Legends

#M1World: Harimau Putih takluk Axiata Arena, EVOS Legends juara edisi sulung kejohanan dunia Mobile Legends M1

Published

on

EVOS Legends berjaya menewaskan seteru utama mereka, Rex Regum Qeon 4-3 untuk dinobatkan sebagai pasukan terbaik dunia. - Foto What's The Meta / Mariah Ahmad

KUALA LUMPUR – Selepas menakluki Indonesia, EVOS Legends terus mendabik dada selepas berjaya menewaskan seteru utama mereka, Rex Regum Qeon 4-3 seterusnya dinobatkan sebagai pasukan Mobile Legends terbaik dunia.

EVOS Legends telah menunjukkan satu prestasi yang sangat mantap sepanjang kempen kejohanan dunia ini berlangsung di mana mereka tidak pernah tewas langsung di acara utama kejohanan.

Bermain dalam format best of 7, perlawanan pertama dilihat hampir sahaja berpihak kepada EVOS Legends namun satu comeback berjaya dilakukan oleh Rex Regum Qeon untuk mencuri mata pertama perlawanan.

EVOS Legends berjaya mendominasi perlawanan kedua untuk menyamakan kedudukan tetapi Rex Regum Qeon kembali mendahului selepas memenangi perlawanan yang ketiga.

Dalam perlawanan keempat, EVOS Legends telah membiarkan Harith buat kali ketiga untuk Rex Regum Qeon menggunakannya dan ternyata perkara itu memakan diri dan hasilnya Rex Regum Qeon terus menjarakkan kedudukan dengan kemenangan ketiga berbalas satu.

EVOS Legends masih belum mahu mengalah, mereka berjaya memenangi 2 perlawanan berturut-turut untuk menyamakan kedudukan 3-3.

Pada perlawanan penentuan, EVOS Legends telah mengambil kesempatan atas keletihan yang ditunjukkan oleh pasukan Rex Regum Qeon dan hanya memerlukan 8 minit sahaja untuk memenangi perlawanan tersebut dan sekali gus menjulang piala kejuaraan.

Sebagai juara kejohanan dunia Mobile Legends M1, EVOS Legends akan membawa pulang hadiah utama wang tunai bernilai kira-kira RM330,000 (AS$80,000) manakala Oura yang dianugerahkan sebagai pemain paling bernilai telah menggondol hadiah wang tunai kira-kira RM12,000 (AS$3,000).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved