Connect with us

Mobile Legends

#M1World: Ranking penuh dan agihan wang terkumpul RM1 juta

Published

on

16 pasukan terbaik dunia telah bertanding untuk merebut kejuaraan M1 - Foto YouTube / Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Kejohanan paling berprestij dalam arena e-sukan Mobile Legends, M1, sudah melabuhkan tirai dengan menyaksikan pasukan Indonesia EVOS Legends berjaya meraih kejuaraan edisi sulung ini.

Dalam kejohanan yang berlangsung di Axiata Arena itu turut menyaksikan Oura ditabalkan sebagai pemain terbaik kejohanan dan membawa pulang wang tunai RM12,000.

Berikut adalah ranking penuh pasukan-pasukan Mobile Legends yang bersaing dalam M1 berserta anggaran wang tunai yang dimenangi:

  • Juara RM330,000 (AS$80,000) : EVOS Legends – Indonesia
  • Naib Juara RM166,000 (AS$40,000) : Rex Regum Qeon -Indonesia
  • Tempat ke-3 RM83,000 (AS$20,000) : Todak – Malaysia
  • Tempat ke-4 RM49,000 (AS$12,000) : Burmese Ghouls – Myanmar
  • Tempat ke-5 & ke-6 RM33,000 (AS$8,000) :
    • 10s Gaming Plus – Jepun
    • Sunsparks – Filipina
  • Tempat ke-7 & ke-8 RM24,000 :
    • Axis Esports – Malaysia
    • VEC Fantasy Main – Vietnam
  • Tempat ke-9 sehingga ke12 RM 16,000 (AS$4,000) :
    • EVOS SG – Singapura
    • Team Gosu – Amerika Syarikat
    • Evil Esports – Turki
    • Deus Vult – Rusia
  • Tempat ke-13 sehingga ke-16 RM12,000 (AS$3,000) :
    • Impunity – Kemboja
    • Candy Comeback – Laos
    • Geo Esports – Brazil
    • Onic PH – Filipina

Sementara itu, pembangun e-sukan Mobile Legends, Moonton turut mengumumkan Indonesia bakal menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Dunia itu bagi edisi kedua, M2 pada tahun depan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved