Connect with us

Mobile Legends

#M1World: Tontonan kemuncak sebanyak 648,069 penonton dicatatkan

Published

on

M1 menyaksikan 16 pasukan terbaik dunia dari 14 negara bersaing di Axiata Arena, Kuala Lumpur. - Foto YouTube / Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Kejuaraan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (M1) yang pertama seumpamanya diadakan baru-baru ini mencatatkan jumlah tontonan kemuncak sebanyak 648,069 penonton di YouTube.

Dalam satu statistik Esports Charts, jumlah tontonan kemuncak dalam penstriman langsung itu dicatatkan ketika pertembungan epik El Classico gergasi Indonesia Rex Regum Qeon (RRQ) dan EVOS Legends dalam Grand Final M1.

Sementara itu, perlawanan di pusingan kelompok utama pada hari kedua Acara Utama M1, yang juga menyaksikan pertembungan pertama kedua-dua pasukan terhebat dunia itu, mencatatkan jumlah tontonan kemuncak sebanyak 558 985 penonton.

BACA: Ranking penuh dan agihan wang terkumpul RM1 juta

Perlawanan yang melibatkan pasukan nombor satu Malaysia, Todak turut mencatatkan jumlah tontonan kemuncak yang agak tinggi iaitu 503, 809 apabila berdepan dengan RRQ pada pusingan final kelompok bawah dan 378 408 penonton pada waktu kemuncak dicatatkan pada pusingan kelompok utama.

Esports Charts turut mendedahkan sebanyak 9.9 juta jam masa tontonan telah dicatatkan sepanjang M1 berlangsung.

M1 menyaksikan 16 pasukan terbaik dunia dari 14 negara bersaing di Axiata Arena, Kuala Lumpur untuk bertempur merebut gelaran juara kejohanan itu yang menawarakan hadiah wang terkumpul kira-kira RM 1 juta.

Dalam edisi sulung M1 itu, EVOS Legends muncul sebagai juara selepas menewaskan RRQ 4-3 dalam perlawanan Terbaik dalam 7 pada Grand Final.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved