Connect with us

FIFA

Juara FIFA Online 4 “No Server No prolem” keluar Mineski

Published

on

Juara EACC 2018 yang terkenal dengan gelaran “No Server No Problem”,  Darren Gan (RippedJean) umum meninggalkan pasukan Mineski.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Beliau kini akan bermain sebagai ejen bebas (free agent).
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Darren juga dimaklumkan sudah pulang ke Malaysia selepas berada di Thailand untuk beberapa tempoh.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Sebelum ini Darren mencipta sejarah tersendiri dan juga negara apabila beliau mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi kejohanan EACC yang lalu dan membawa pulang sebahagian daripada RM418,000 pada November 2018.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Beliau turut memenangi Anugerah Pemain Terbaik dan Anugerah Penjaring Gol Terbanyak dalam kejohanan itu. 
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Gelaran “No Server No Problem” diberikan kepada beliau kerana memenangai kejohanan paling berprestij dalam e-sukan itu, meski ia belum dilancarkan di Malaysia. 
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Tujuh bulan selepas FIFA Online 4 diperkenalkan di seluruh dunia, permainan e-sukan tersebut masih lagi tidak dilancarkan di Malaysia.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Persoalan timbul, apakah nasib dan masa depan pemain FIFA Online 4 tanah air? 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved