FIFA
e-Piala Malaysia: RM10,000 jadi taruhan, 8 pemain handalan, negeri mana bakal digelar terbaik di Malaysia?

SHAH ALAM – Seramai lapan atlet e-sukan FIFA tanah air terpilih untuk menyertai kejohanan berprestif e-Piala Malaysia anjuran Malaysian Football League (MFL) dan Gamesbond Global yang akan bermula esok.
Pengarah Urusan Gamesbond Muhammad Fazli Razak berkata kriteria utama pemain-pemain tersebut dipilih adalah berdasarkan kedudukan ranking dalam sistem ranking FIFA yang sedia.
“Jika mereka tidak berada di dalam ranking Global FIFA itu, kami telah mengambil kira pencapaian antarabangsa dan dalam negara bagi mereka untuk sertai kejohanan berprestij ini,” kata Fazli dalam satu sidang media dan acara cabutan undi ePiala Malaysia 2019.
EPiala Malaysia 2019 yang menawarkan hadiah wang terkumpul RM10,000 akan menggunakan platform PS4 dan format home-away.
Lapat atlet telah diundi untuk mewakili lapan pasukan ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2019; Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah, Melaka, Pahang, Perak, PKNP FC, Selangor dan Terengganu FC.
Berikut adalah senarai pemain bersama pasukan yang diwakili dalam kejohanan ePiala Malaysia 2019:
- Ahmad Shahrin Shaharudin (Ayen) – Kedah
- Kathireswaran Sugumaran (Infamous9) – PKNP FC
- Mirza Mohammad Nabil Beg Mirza Mohammad Taiyab Beg (Bale), Melaka
- Muhammad Syahril Mispardi (Syahril) – Pahang
- Muhammad Luqman Haziq Hajiman (LuqmanHzq) – Terengganu FC
- Putera Sufrie Nizam Subardron (Killer) – Johor Darul Ta’zim
- Nur Amirul Afandi (Amtuah) – Perak
- Iskandar Mirza Mohd Mustafa (IsMirza), Selangor
Juara bagi kejohanan itu akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 berserta trofi.
Bagi anda yang mahu mengikuti jaguh-jaguh tanah air beraksi boleh menonton secara langsung di laman Facebook MFL bermula 7.45 malam esok.