Connect with us

Mobile Legends

BOSSKURR CUP: Sasaran tajaan RM20k, ketika ini berjaya kumpul RM14k

Published

on

KUALA LUMPUR – Piala Amal Bosskurr (Bosskurr Cup) mensasarkan kutipan wang terkumpul sebanyak RM20,000 bagi kejohanan itu.

Pengurus organisasi e-sukan popular tanah air Team Bosskurr, Nureddy Nursal (Daddyhood) berkata kesemua wang terkumpul itu bagaimanapun akan diberikan terus kepada badan kebajikan yang memerlukan.

“Ini adalah cara kami berbakti semula kepada masyarakat kerana masyarakat telah banyak berbudi kepada kita.

“Setakat ini, Red Esports telah memberi RM5,000, seorang hamba Tuhan yang tidak mahu namanya didedahkan pun telah memberi RM5,000 untuk kejohanan amal ini.

“Jadi secara keseluruhan sehinggga hari ini, berkat usaha bersama, kami sudah berjaya mengumpul RM14,000” kata Daddyhood.

Sementara itu, Daddyhood turut mengesahkan 8 pasukan Bosskurr bakal menyertai liga tersebut  iaitu:

  • Team Bosskurr
  • Boss Axis
  • Boss Bangsawan
  • Boss JB
  • Boss NV
  • Boss Rusuh
  • Boss Sonia
  • Honey Juana Clan

Sementara itu, tiga pasukan jemputan turut mengesahkan akan menyertai Bosskurr Cup, iaitu: 

  • Red Esports
  • Moonchild
  • Godz

Bosskurr Cup dijangka akan berlangsung pada minggu hadapan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved